Tuesday, November 29, 2011

LAPORAN QURBAN & AQIQAH NOV 2011

Alhamdulillah. Segala pujian untuk Allah. Dah selesai semua ibadah Qurban di Kemboja.
  • Qurban : Lembu 104 ekor, Kambing 5 ekor
  • Aqiqah : Lembu 6 ekor, Kambing 5 ekor
bergambar dulu sebelum memulakan ibadah. di Madrasah
& asrama Darul Aitam, Kg Kendal Kampot Kemboja


Selain itu, ada juga hampir 600kg sumbangan pakaian terpakai (yg di bawa oleh peserta 4x4) dah pindah ke tempatnya untuk pengagihan kelak. Juga ada buat program teambuilding yang 1st time di sini untuk 30 para daei/pendakwah (depa kekok gak sebab dlm hidup 1st time attend bengkel motivasi nih), Alhamdulillah. Tak lupa juga sahabat arkitek meninjau & membuat perancangan untuk madrasah DMK yg baru tahun depan. InsyaAllah.

AGIHAN QURBAN
Ibadah Qurban & Aqiqah (110 lembu & 10 kambing) telah dilakukan di 3 wilayah (Kampot, Kg Som, KohKong) , 52 kampung muslim, untuk hampir 4000 keluarga muslim di Kemboja pada Raya Haji 1 & 2.Alhamdulillah

LAPORAN PERLAKSANAAN QURBAN/ AQIQAH NOV 2011
Kepada semua peserta & sahabat yang menyertai Qurban/Aqiqah DMK ini, sila rujuk di link bawah untuk laporan lengkap perlaksanaan Qurban tersebut.
http://www.scribd.com/fullscreen/74085453?access_key=key-2kwm3ddznqqpg7lhf42r

(jika link di atas tak dapat, sila email saya dan saya akan emailkan failnya).
InsyaAllah laporan beserta gambar akan disiapkan dalam hujung Disember 2011 atau Januari 2012 nanti.

untuk pengalaman perjalanan Kembara Kemboja 4x4 dan pergerakan dari Malaysia ke Kemboja, sila ke blog sahabat saya http://khirariffin.blogspot.com/.

membaca doa utk menenangkan lembu sebelum di sembelih
InsyaAllah lembu akan rileks dan seperti bersedia utk
diqurbankan kerana Allah.

jalan ke Kg Mlek Kol dan Mak Prang di Kampot Kemboja
amat mencabar dan agak jauh pedalaman

sahabat peserta DMK banyak membantu melancarkan
perjalanan & operasi Qurban ini Alhamdulillah

dari KohKong (border Kemboja/Thailand) ke Kampot
dlm 4-5 jam. Segala jenis jalan ada. Licin, jerawat, jerawat
batu, mcm volcano pun ada

Program TEAMBUILDING anjuran sahabat peserta
(Khir Ariffin), dari New Media Consultancy
untuk 30 para pendakwah dari Kampot & Kg Som 


Monday, November 28, 2011

DANA MADRASAH KEMBOJA / Cambodia (DMK)







SIAPA KAMI
Dana Madrasah Kemboja (DMK) adalah usaha kecil kami untuk membantu beberapa madrasah daif terpilih di Kemboja untuk meneruskan pembelajaran serta memperbaiki/memperkemaskan sistem pendidikan madrasah tradisional ini. 


Dana ini diterajui oleh saya sendiri sejak 2010 dan dibantu oleh Ustaz Sulaiman @ Saan Layman di Kemboja. Bantuan adalah dari kami serta rakan di Malaysia buat masa ini. 
saya (kanan sekali) bersama rakan dan krew Majalah 3 
(TV3) untuk coverage DMK ini.
Alhamdulillah. Pihak MAJALAH3
 sudi tayangkan pada 9 Julai baru ni.



APA YANG BERLAKU DI MADRASAH KEMBOJA?
  • Muslim di Kemboja ialah kumpulan minoriti (dlm 7% dari populasi penduduk Kemboja).
  • Institusi madrasah amat penting dalam memberi pendidikan asas Islam dan bantu kekalkan aqidah Islam
  • Pendidikan di madrasah adalah PERCUMA dan bayaran adalah ikhlas. 
  • Tetapi kebanyakan pelajar dan keluarga dari golongan yang daif, maka kebanyakan guru hampir tiada gaji setiap bulan. 
  • Guru-guru ini  terus ikhlas mengajar siang & malam, walaupun mereka sendiri daif dan kadangkala terpaksa "tuang" kelas kerana keluar mencari rezeki di laut atau ke kebun/hutan untuk sesuap nasi untuk mereka dan keluarga mereka.  
  • Ini menyebabkan ada madrasah yang tidak berfungsi sebaiknya 
Alhamdulillah, di MHI TV3 pada Nuzul Quran
(17 Ramadhan) baru ini. 

Oleh itu, kami melihat pentingnya ilmu asas agama ini, dan madrasah sebagai platform utama untuk kaum muslimin dan mensasarkan supaya dapat membantu guru-guru ini komited mendidik pelajar-pelajar madrasah menjadi mukmin profesional yang berjaya kelak, InsyaALlah. 

bersama guru madrasah tajaan kami di Madrasah Darul
Quran Perai Tenor Tom di Kampot kemboja. Jumlah pelajar
dalam 300 orang di sini

OBJEKTIF KAMI  :
1.       Membantu membiayai dan mewujudkan sistem pendidikan & institusi madrasah TERANCANG & BERSEPADU di Kemboja supaya mengeluarkan PROFESSIONAL MU'MIN yang membantu pembangunan umat dengan kekuatan ilmu, iman & amal.

2.       Institusi madrasah ini BERDIKARI dan tidak hanya bergantung kepada bantuan luar.

 "Perumpamaan (nafkah yang di keluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah. Adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siap yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui" Al-Baqarah, ayat 261.

Mereka amat dhaif terutama ilmu, minda dan 
perkara asas lain. Saudara Islam ini 
perlu bantuan untuk kita beri
"pancing, kail, bot, ilmu" dan bukan sahaja "ikan".


SASARAN
FASA 1 – Membayar gaji/upah guru madrasah yg terpilih.
FASA 2 – Memperbaiki, mengintegrasi dan merombak sistem pendidikan madrasah supaya dapat mencapai objektifnya.
FASA 3 – mengaplikasi sistem dan tajaan ini ke madrasah lain yang memerlukan.

AKTIVITI EKONOMI
Ia membantu madrasah berdikari terutama dari segi kewangan dan tidak hanya mengharapkan bantuan luar. Ia juga membantu mewujudkan pekerjaan, upah, kemahiran dan pendapatan untuk DMK.
  •  Projek Aqiqah & Qurban DMK (sila klik untuk info lanjut)Projek ini sudah bermula. Kos ialah RM210/bghn lembu atau RM495/ekor kambing untuk Aqiqah atau Qurban. 

  •  TRIP BAJET KEKAWAN (klik untuk info). Sebahagian keuntungan dari TRIP KEKAWAN (seperti Trip Kemboja, Trip Eropah Muslim, Trip Umrah, Trip New Zealand Motorhome) akan disalurkan  ke DMK. 
  • MENJAHIT TELEKUNG & TUDUNG oleh muslimah di daerah Kampot. (klik untuk info)
  • TAJAAN/WAQAF Quran Terjemahan Kemboja
  • Tajaan Madrasah DMK 2012 
  • PROJEK BELA LEMBU (Klik untuk info lanjut)
    di Kg Sembroung. bersama Ustaz Ismail yg juga mendapat
    tajaan kami. Beliau mengajar asas Quran & fardhu ain
    untuk 100-150 pelajar di sini.

    SIAPA YANG MENERIMA?
    Buat masa ini, 6 MADRASAH daif terpilih dari kawasan Kampot menerimanya. Madrasah tersebut ialah :

    • ·         Madrasah Trei Koh
    • ·         Madrasah Sembrau
    • ·         Madrasah Troppriang Pring
    • ·         Madrasah Perai Tenor Tom
    • ·         Madrasah Perai Tenor
    • ·         Madrasah Prai Temai
    Madrasah TreiKoh. 2 org guru madrasah ini
    juga mendapat tajaan kami Alhamdulillah. Ada dlm
    70 pelajar di sini.


    Mereka semua tidak menerima apa-apa gaji/habuan sebelum ini. Ada yg mengajar dah lebih 15-20 tahun pagi petang dengan begitu gigih. Tetapi kesempitan hidup dan tanpa makanan di rumah untuk mereka dan keluarga mereka boleh membantutkan komitmen kepada kelas kerana terpaksa keluar mencari rezeki.

    KENAPA KEMBOJA?
    Soalan favourite. Berbanding Malaysia, yang mempunyai banyak saluran dan jabatan untuk membantu mereka yang daif dan miskin, di sini mereka tiada saluran kecuali doa kepada Allah. Kegigihan mereka untuk terus hidup dan mengekalkan aqidah inilah yang paling penting.


    Lagipun, nilai bantuan di sini amat berharga walaupun amaunnya tidak berapa besar jika di bandingkan di Malaysia. (Contoh : Gaji guru madrasah di Kemboja RM150-300 sebulan, di Malaysia kurang-kurang RM700-900 sebulan seorang). Mereka amat appreciate bantuan walaupun pada kita nampak tak banyak mana.
    Madrasah Perai Tenor. Ustaz Shukri juga mendapat
    tajaan kami. Lebih 100 pelajar di sini. 

    Madrasah Priang Pring.Ustaz Kassim yg mengajar dlm
    70 pelajar juga mendapat tajaan kami, Alhamdulillah.

      BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
      • Bantu War-warkan DMK (Dana Madrasah Kemboja) kepada rakan/sahabat/saudara lain
      • Jadi peserta QURBAN & AQIQAH DMK
      • Mengikut TRIP KEKAWAN terutama ke KEMBOJA untuk merasai, melihat dan menginsafi sendiri
      klik sini untuk maklumat lanjut





      PERLU MAKLUMAT LANJUT?
      Sila hubungi saya di zikrifuad@yahoo.co.uk (Hj Zikri)