Monday, January 23, 2012

Memandu kenderaan Malaysia di Kemboja

Perjalanan dari KohKong ke wilayah Kampot di Kemboja.
Macam-macam jenis jalan ada. 
Alhamdulillah, masa Qurban tahun lepas, kami beserta beberapa orang lg pandu kereta (4x4) dari Malaysia ke Kemboja (Malaysia > Thailand > Kemboja). Fuih, banyak pengalamannya Yeop.. he he.
Kumpulan kami di Kg4, Kohkong. Baru melepasi sempadan Thai/Kemboja


Kami menggunakan 3 kenderaan (1 Hilux, 1 Pajero, 1 Landcruiser VX). Alhamdulillah perjalanan agak lancar walaupun ada cabaran dan pengalaman tersendiri. Memandu ke negara luar terutama di mana teramat jarang la kenderaan Malaysia pergi memerlukan perancangan dan bantuan orang tempatan. 

Secara umum
  • Pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan tahan.
  • Jenis kenderaan yang mudah diselenggara dan ada spare parts jika berlaku kerosakan (dlm kes ini, Toyota)
  • Semua ahli kumpulan faham tanggungjawab masing-masing dan kena bantu membantu
  • Mesti ada keserasian antara semua ahli kumpulan kerana banyak cabaran yang menjelma... he he.
  • Pastikan ada komunikasi dan bantuan dari orang tempatan kerana cabaran bahasa, prosedur, paperwork dan lain-lain isu yang mungkin berlaku
  • Hubungi pejabat konsulat atau kedutaan Malaysia untuk memberitahu perjalanan kita
  • Ambil takaful kembara untuk kurangkan kos jika berlaku sakit atau kena bawa ke hospital
  • pastikan semua paperwork kenderaan, passport, contact no dan telekomunikasi (walkie talkie) ada (checklist sebelum pergi)
  • Rehat dengan agak cukup dan semua ahli boleh memandu. Ini kerana ada tempat di mana perlu pandu 10-14 jam secara terus menerus. kena tukar tukar pemandu la
  • Perjalanan dlm 8 HARI (4 hari pergi, 4hari balik). 
  • dan banyak lagi... 

Yang penting, bincang dengan pihak atau mereka yang pernah & berpengalaman dalam laluan tersebut. Ini banyak membantu sebab lain tempat, lain cabarannya.

Masa kami pergi, belah utara Thailand banjir, maka kami masuk dan keluar Kemboja melalui sempadan (Khlong Yai > KohKong). Lagipun, kami nak pergi ke Kampot, so dekat la.

SELAMAT KE?
Secara umum, agak selamat. Cuma sebaiknya ada kenderaan tempatan yang bersama konvoi kita. Sebab polis depa suka "pau" kereta luar... "policemen must take 5 dolla" ... he he. Kalau ada kereta & wakil tempatan sepanjang perjalanan, insyaAllah ok je. Lagipun, GPS tu korang tak yah la guna sini, memang tak bule pakai map dia. Kena pakai local knowledge juga.

Cuma drive malam tak di galakkan sebab jalan mereka takda lampu. dan juga ramai kalau orang mabuk, suka baring tepi atau tengah jalan.. horror woo.. kami hampir terlanggar orang mabuk yang tengah baring kat  tengah jalan gak... 

Lagipun, banyak motor dan kenderaan yang takda lampu.. itu lagi bahaya..

antara jalan ke kampung-kampung..
kalau naik kereta, mau tanggal dashboard woo..

JALAN DIA OK KE?
Kalau bawa kereta, ke bandar utama ok la, jalan agak ok cuma ada kawasan yang tak ok. Cuma kalau nak ke kampung ni, sebaiknya pacuan 4 roda, sebab kalau bawak kereta, bule cabut tayar & dashboard kete korang karang. Jalan di Kemboja agak teruk secara umumnya, cuma jalan-jalan baru siap insyaAllah ok. 

Kena ambil tahu cuaca / musim di Kemboja sebab depa ni monsoon. Kalau musim hujan, pakat banjir le. Kalau musim panas, MasyaAllah, panas & kering yang melampau. Ada kolam besar yang sampai kering kontang. 

Ni heppi sebab baru melepasi sempadan Thailand dan
masuk ke Kemboja.
haa... ni jalan masuk kampung yang teruk.. ni kira ok lagi
kalau musim hujan, lagi brutal
pengangkutan short distance di sini yg paling murah
pemandangan biasa. ni di Phnom Penh.
kalau kat pekan kecik, lagi brutal. Malam takda lampu

setakat "overload" mcm ni, biasa la. 
DOKUMEN APA YANG PERLU?
Pemilik kenderaan perlu ada bersama, kalau tiada, boleh buat surat kebenaran, tapi masalah sikit semasa nak masuk Kemboja nanti.
  • 3 copy geran (depan belakang)
  • 3 copy passport (muka depan yang ada no passport & info kita)
  • Surat dari pihak konsulat Malaysia di Phnom Penh (untuk bawa kenderaan Malaysia ke Kemboja)

Nak masuk Thailand, agak mudah & sistematik. Sebelum sampai border, stop sekejap di hentian ala R&R yang akan bantu proses insurans (3rd party insurans) untuk masuk & keluar. Insurans tu 2 minggu dlm RM22 gitu. Oleh kerana 3rd party, kena la korang lebih hati-hati ye. Maknanya, cover utk loss atau kerosakan pihak lain sahaja, dan BUKAN kenderaan kita.

 
amacam? ada berani ka?

Nak masuk Kemboja, sebaiknya ada local punya contact untuk memudahkan. Sebab kat sini cowboy sikit. Sini takda insurans, so kena la hati-hati. Kalau eksiden, pandai-pandai la korang settlekan dengan pihak yang terlibat. Sebaiknya konvoi kita ada local/org tempatan yang boleh membantu, guide dan keselamatan juga.Proses nya tak susah mana cuma takda le sistematik sangat. Dia punya border crossing pun ala guard nak masuk kilang yg multinational.. (rasanya ada kilang yang lagi canggih & sistematik dia punya entrance sistem.. he he he). 

Kat Kemboja, yang merbahaya ialah orang kat sini majoritinya kenderaan takda insurans. Motorsikal, basikal dan binatang (lembu & khinzir) berkeliaran, so kena awas. Kalau di pekan atau bandar kecik, memang depa bawak slow je, 30-50kmh macam tu. Jalan besar yang takda kereta , ada la speed limit, tapi tak pernah la pulak ada speed trap.. he he. Korang pandai-pandai le hidup. Banyak minta pada Allah dimudahkan dan di selamatkan perjalanannya.
korang jangan tergezut. Sini rata-rata pakai Lexus woo..
mcm LX470 thn 2002 ni, dlm USD12,000 aje.. he he
Kalau kena tahan polis (biasa depa suka "paw"), korang cakap bahasa Malaysia je. Biar sama-sama tak faham, nanti polis tu fed up, dia lepaskan je la, InsyaALlah. Tak yah le nak eksyen cakap bahasa omputeh (English) atau bahasa Khmer.. kang tak pasal lagi banyakdi paw oleh pak polis tu.

InsyaALlah kitaorang plan raya Aidiladha tahun ni pun akan ke sana lagi naik 4x4 juga sempena program Qurban 2012. Moga Allah mudahkan dan memberikan keredhaanNya untuk usaha kecil ini.











Thursday, January 19, 2012

Makan makan di Kemboja

Ni kira soalan yang agak kerap le orang tanya saya..."makan halal ke?" , bule makan ke? , sedap tak? dan yang sewaktu dengannya la..

Ayam goreng madu. Sedap woo..
Ayam goreng di salut rempah depa, kemudian
dilumur dengan sos gula pedas gitu


InsyaAllah kalau ikut kami, sedap... terbaeekkk. Ada sorang kawan saya (dirahsiakan identiti.. he he), seminggu di Kemboja masa kami buat program Qurban 2011, naik 5 kg... MasyaAllah. 

Ada tempat yang sedap masak, ada yang kurang. Cuma sebab kami selalu dan banyak fokus di wilayah Kampot, biasanya memang sedap amat le. Kalau tak caya, jom ikut kami. Ramai sangat le yang makan bertambah.. ha ha ha

KENAPA DIA SEDAP?
Sebab fresh. Kampot ialah tempat ikan/udang turun di setiap subuh di tepi sungai Kampot. Ikan laut kat sini yang di hantar sehingga lah ke Phnom Penh. Kalau ketam fresh , kami ke wilayah Kep (dlm 30 min dari Kampot). Bukan setakat fresh/segar... tapi masih hidup dlm sangkar di laut, depa ambil, terus masuk dlm periuk dan di masak (tanpa air)... siap masak dalam 10 minit, panas-panas tu terus makan. MasyaAllah, punya le sedap.. yang dah rasa je tahu nikmatnya.
Nelayan tiba di tepian pantai Kampot dan raih meraih
ikan bermula. biasanya lepas Subuh. 
Sini masakan nya banyak stail ala Siam sikit. Banyak sup dan ada ala tomyam, cuma dia tak pedas. So, ada gak le sos cicah macam kalau kita makan di restoran Thai. Even sos cicah ni, yang Kampot & KohKong rasanya sedap sikit dibandingkan dengan di tempat lain. 

Tapi bab sedap tu subjektif kan.. susah nak diklasifikasi. Cuma, apa yang kami pengalaman bawak kekawan ke sini, memang bab makan sedap.. lebih sedap dari malaysia la.. 
ketam hidup tu bang... ditarik dari sangkar yang diletak dlm laut
fresh from the sea!! Bismillah.
BERAS DIA MACAM BERAS SIAM ?
Haa.. cite pasal beras, depa tak import beras, dan makanan ruji sama macam kita la, makan nasi. Beras Kemboja ada le 3-4 gred. Kalau gred murah tu, macam yang kita dulu-dulu bagi ayam makan. kalau Gred baik, dia rasa lebih lembut & sedap sikit dari beras Siam yg RM50/kg tu, cuma dia tak panjang sangat. 
depa tengah memotong padi. Mcm kat Kedah zaman 70an dulu
Kenapa dia sedap? Itu saya tak boleh jawab le, sebab bukan expert dalam bidang ni. Cuma saya agak sebab jenis nya, dan juga sebab dia fully organik. Depa tak pakai racun langsung dan semua guna teknik tradisional. Bajak gunakan kerbau, tanam cucuk, banting manual... macam tu la.  dan fresh... lupa plak.
saya tengah cuba MEMBANTING PADI...
he he.. tak pernah sebenarnya sebab
tempat saya takda padi. 
HALAL KE?
Kalau orang Islam masak, InsyaAllah halal le. Sebab program kami di DMK memang le ziarah family Muslim kan, so depa la tukang masak. Ayam beli atau tangkap hidup-hidup, kita sembelih sendiri, kita buang bulu sendiri dan masak le sendiri.. bab buang bulu yg letih la tu.

Tapi pasal ayam & daging agak mahal, so depa selalu makan sayur je, yang dikutip di sekeliling rumah atau kawasan depa. Makanan laut tu pun sebenarnya jarang-jarang sangat sebab dengan pendapatan yang amat kecil, mungkin beberapa kali je setahun merasa, even nelayan sekalipun, sebab depa jual apa yang ada.
di Perai Tenor. Di sini kebanyakan rumah tiada elektrik, tapi tuan rumah
ni beria bebenor ajak makan rumah dia. Siap gadaikan gelang
utk beli beberapa ekor ayam utk kami makan. Lampu tu lampu
kamera (ni masa TV3 ikut saya utk program Majalah3)
Cuma bila tetamu datang, dia punya lauk, perkhh... diorang pun silap-silap hanya merasa 1-2 kali setahun lauk macam tu. Pasal tu le kalau rumah yang kami singgah, kalau ada jamu makan, kita hulur la untuk cover cost.. sebab ada yang sampai bergadai untuk beli ayam/daging untuk jamu tetamu walaupun mereka tak makan... MasyaAllah.

Numpang (roti perancis) + kari (aqiqah lembu).. dan air gas..
ni le menu TERBAEEKK mereka masa kami anjur
Buka Puasa (Iftar) Ramadhan lalu..

APA YANG SPECIAL?
NUMPANG = Roti Perancis. Lembut & rangup. Kalau kat Malaysia, keras.. ketuk kepala pun boleh pening.
SUP = kuteow ke mihun ke, depa makan sarapan, tengahari, malam... mi besar mcm kita depa takda
KARI = campur sekali dengan betik muda , supaya dia lebih pekat dan jadi sayur
TOMYAM = versi Kemboja. dia takda serai... dan tak berapa pedas. Warna pun ala sup aje.
SEAFOOD = ikan ke, udang ke, ketam ke (sotong tak berapa nampak plak)... semua sedap pasal fresh-fresh.. 

Ni le KUTEOW SUP versi Kemboja
mcm Mihun je kan.. 

Sahabat-sahabat sebelum nak NGAP.. tengok le deretan
lauk yang depa sediakan.. terbaeekk

NAK MERASA?
Kena rasa, tak sama dengan membaca. Yelah, membaca ni tak kenyang.. (kenyang info le) dan tekak tu tak rasa.. So, kalau nak merasa, meh la ikut kami. Camna nak ikut? sila ke blog http://umrahtransformasi.blogspot.com/ ada trip ke Kemboja... menarik woo..

Kumpulan nak ikut ke Kemboja

Maaf, lama tak update blog sebab agak sibuk dengan urusan di pejabat kebelakangan ni.

Kumpulan dari TELEKOM MALAYSIA (BAKIT - Badan
Kebajikan Telekom Perak) yang akan ikut trip
kemanusiaan ke Kemboja Februari nanti


Alhamdulillah, pada 3-6 Feb nanti, beberapa sukarelawan dari BAKIT Perak (Bdn Kebajikan Kakitangan Telekom Malaysia) akan bersama kami untuk manusia kemanusiaan di Kemboja. InsyaAllah 22 sukarelawan bersama bantuan dari bentuk kenduri (6 lembu), telekung (di jahit oleh muslimah Kemboja di bengkel DMK). Quran Terjemahan Khmer dan juga sumbangan zakat & derma. 

Tak lupa juga 2-3 sahabat dari Tenaga Nasional yang juga bersama dan menyumbang/menaja sebahagian dana untuk pembinaan  kompleks Tahfiz DMK.

dan pada 29 Mac - 1 April, sekumpulan 30 orang dari Sek Seri Puteri Cyberjaya (9 guru dan 21 pelajar) akan bersama DMK ke Kemboja juga untuk menziarah dan membantu saudara Islam di sini. Juga sekumpulan sahabat dari Bahrain (Malaysian yang duduk Bahrain) dan dari Dublin, Ireland. Moga perjalanan ini dapat membuka mata hati kita untuk lebih komited bantu saudara Islam secara terus menerus. 

APA YANG BEST KALAU JALAN-JALAN
Kat kemboja tak ada apa sangat la. Kalau bab beli belah, Vietnam lagi best (beg lagi murah, tapi tak banyak beza la dengan di Kemboja). Kalau nak tengok Angkor Wat ok gak. Dan ramai gak yang suka gi "killing field" dan tempat seksaan semasa regim PolPot. Saya dah pergi, tapi rasa ngeri gak le... he he. Kalau yang tak berapa berani, depa kata bule muntah gak..

Killing Field (dlm 20 min dari Phnom Penh)
Kalau gi Kemboja, alang-alang gi Vietnam sekali, sebab naik bas aje dlm 5 jam (dari Phnom Penh). sebelah-sebelah je, macam Melaka pergi Singapore, macam tu le. atau lebih tepat macam Ipoh nak gi Hatyai le. Apa yang menarik di Vietnam? Ramai orang kata shopping. dan juga boleh menziarahi kumpulan minoriti Islam di sekitar Ho Chi Minh (Saigon dulu namanya). Ooohh.. bule gak tengok kesan perang vietnam & terowong-terowong yang viet-cong buat masa depa kalahkan Amerika dulu. 
kecik je lobangnya.. muat-muat je
keratan rentas terowong di Vietnam

Jika ada pembaca nak ikut ke Kemboja & Vietnam, jom. Jadual trip, kos, itinerari ada di blog saya satu lagi  http://infaqkemboja.blogspot.com/. klik kat blog tu ye. 

Wassalam

Thursday, January 5, 2012

Kisah Benar.. dlm bidang infaq ni...

Saja coretan pendek sempena ada ruang masa sikit ni, Alhamdulillah. Sebahagian pengalaman dalam program Infaq samada di dalam atau luar negara


CORETAN 1
Selepas dah beli sepasang baju untuk raya dan bawa anak-anak yatim berbuka puasa, ada la satu anak ni bertanya "Ini aje".. aduss.. panas juga hati ini

CORETAN 2
Penat lelah kami angkat beras dari masjid dan agih ke rumah mereka. Sampai di situ, dia tanya "Bang, beras ni boleh tolak balik tak, dapat duit tak?" perkkhh...

CORETAN 3
Penat juga membongkok memberi 2000 riel (dlm RM1.60) seorang kanak-kanak. Digenggam nya duit tu kuat-kuat lalu diciumnya duit tu.. mau nangis mereka yang memberi.

CORETAN 4
Melihat kepada ibu yang bersama anak-anak nya yang ada bogel bulat (yang kecik), maka Hj ni beri la USD20 (dlm RM60). Punya la gembira, dia ikut Hj ni ke mana-mana.. cuak & takut Hj ni. Lalu dia datang pada Ustaz dan cerita la. Maka ustaz pun tanya kenapa ikut dia? Ibu tadi kata, dia nak bawa Hj ni jumpa suami dia. Bila suami dia jumpa Hj ni, maka di dakapnya Hj ni dan si suami ucapkan banyak terima kasih sebab dengan USD20 tu InsyaAllah depa bule makan sefamili hampir sebulan. Mau menitik air mata Hj ni gembira dan pilu... (ustaz jadi translator pasal depa cakap Kemboja, mana le Hj faham)

CORETAN 5
Selesai korban 1 ekor kambing (aqiqah), maka buat le lauk kari. Makan untuk 110 anak yatim. Kawan ni nak amik gambar guna DSLR baru dia, tapi tak jadik. Sebab? airmata meleleh melihat begitu seronoknya dan sukanya anak-anak ini dapat makan kuah kari kambing dan seciput/secubit daging kambing tersebut bersama sebukit nasi putih.

Wallahu alam. Kalau ada pembaca yang ada pengalaman dalam program infaq dan rasa bermanfaat untuk di share, dipersilakan. Yang baik jadi teladan, yang tidak itu jadikan sempadan.