Tuesday, May 1, 2012

Majlis Tilawah Quran pd 1 April 2012

Sahabat2 yg bersama semasa trip ini. Ada dari KL, Johor, Melaka,
Pahang.. dan Ireland. Alhamdulillah.

Kumpulan Nasyid dewasa dr Madrasah
Darul Aitam. Nasyid B.Arab & Melayu.. sedap gak

ni plak nasyid kanak2.. ok gak

Qari peringkat akhir..

Qariah peringkat akhir
Alhamdulillah, majlis yg julung-julung kali di adakan , Tilawah Al Quran Peringkat Wilayah Kampot, untuk umur 18 tahun ke bawah berjaya di anjurkan pada 1 April 2012 dengan izin Allah dan komitmen serta kesungguhan semua pihak.

Tujuan untuk mengimarahkan, membudayakan Al Quran dalam kehidupan masyarakat Islam di sini. Bukannya siapa menang kalah. Antara yang kami gembira ialah

  • Penganjuran majlis amat berjaya dan ribuan muslimin/muslimat dari pelbagai kampung meraikan
  • Qari dan Qariah tak kurang hebatnya, walaupun banyak lagi boleh diperbaiki
  • Penganjuran dan pelaksanaan 95% dijayakan oleh guru guru madrasah, di ketuai oleh kumpulan guru tajaan DMK yg membuktikan mereka komited, bersungguh dan boleh lead team.
  • Kerjasama baik dari semua pihak, samada orang kampung, imam & ketua kampung
  • Tajaan dan sumbangan kewangan yang baik dari sahabat di Malaysia


Ini adalah antara strategi di mana kita ingin bantu MENDIDIK (konsep "beri pancing dan depa tangkap ikan") dan bukan sahaja MEMBERI ( beri ikan shj, sekali makan.. abih). Ia memerlukan banyak masa, komitmen, penerusan usaha dan doanya, di mudahkan serta diredhai Allah.

Tak kurang juga kumpulan Nasyid depa.. lagu Melayu tu. Alhamdulillah. Jumlah 66 Qari & Qariah yg menyertai tilawah ini, wakil dari 33 kampung Muslim dari sekitar wilayah ini.

So, di kesempatan ni, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat2 DMK yg membantu menjayakan, menyumbang, menaja untuk program tilawah ni. InsyaAllah ia pembukaan satu lebaran baru untuk pendidikan saudara Islam kita yang daif di Kemboja ini. Rabbi Yassir.


Video sekitar tilawah ini, ziarah sdr Muslim di Tonle Sap, dan ziarah Vietnam pd trip kali ini