Tuesday, July 24, 2012

PROGRAM BUKA PUASA (IFTAR) DI KEMBOJA sempena Ramadhan Al Mubarak


Alhamdulillah, program & trip RAMADHAN kami pd 28 Julai - 2 Ogos 2012 mendapat sambutan amat menggalakkan. Segala pujian untuk ALlah dan bebanyak terima kasih kepada semua sahabat, penaja, penyumbang DMK samada untuk Ramadhan ini atau yang telah banyak membantu selama ini. 

Kg Perai Tenong

bersama guru2 madrasah tajaan DMK

KgKeh wudhu

serahan zakat amanah sahabat2 di Masjid Kg Keh

naik bot ke Kg Duntao, Teri Koh


untuk gambar2 lain, insyaAllah bule tengok di FB kami. www.facebook.com/DanaMadrasahKemboja

Secara umum
  • tajaan buka puasa dapat dan telah & sedang di agihkan untuk sekitar 50 masjid x 4 hari di 4 wilayah/negeri (Kampot, KohKong, Kg Soam, Kep). 50 masjid merangkumi hampir 45 kampung muslim dan sekitar 5000 keluarga muslim. 
  • Purata kos berbuka setiap masjid sekitar USD50-100, tertakluk kepada populasi & saiz kampung. Purata dalam 120-200 orang berbuka di masjid semasa program iftar ini. 
  • USD3138 duit zakat sedang dan akan di agih kepada hampir 188 faqir/miskin di sekitar kampung di Kampot. Agihan dalam bentuk wang tunai, beras, gula dan susu. 
  • 170+ kg tamar/kurma yang akan di agih kpd hampir 36 masjid di wilayah Kampot & Kep untuk berbuka puasa. Tamar kebanyakan dari jenis Mariami AA hasil sumbangan/tajaan semua.
  • Tajaan RM1000 (dari TM Perak) dan penaja lain untuk alatulis, buku aktiviti dapat digunakan & diberi kepada hampir 400 kanak-kanak di 4 kampung (Duntao, Mlek Kol, Mak Prang, Mak Prang Tebong)
video anak2 di madrasah2 tajaan kami


Kg Duntao - Program mewarna kanak-kanak

begitu khusyuk & tekun. 1st time. 

takda meja, atas basikal pun jadik la

atas simen pun boleh la..

Trei Koh/Duntao : program Hafazan kanak-kanak

kanak-kanak & lukisannya

Duntao - tazkirah selepas maghrib

Madrasah Darul Aitam Kg Kendal
aqiqah seekor kambing 

Kg Kendal kampot. 

Madrasah MakPrang Tebong.
Aktiviti anak-anak (warna)

Kg MakPrang - finalis mewarna

Kg Triek - kelas agama yg menumpang
di sekolah kerajaan kebangsaan

buka puasa di Kg Mak Prang

NAK IKUT?

InsyaAllah kami akan ke sini lagi pada AidilAdha nanti 24-28 Oktober 2012 (RM650/orang kos ground - penginapan, makan minum, transport, guide). Info lanjut di http://umrahtransformasi.blogspot.com/.

Jika nak ikut, boleh hubungi saya di zikrifuad@yahoo.co.uk