Tuesday, July 7, 2015

LAPORAN ZIARAH RAMADHAN KEMBOJA 2015

ALHAMDULILLAH ZIARAH RAMADHAN KEMBOJA BERJAYA dengan izin Allah Taala. Terima kasih semua penyumbang, penaja dan sahabat2 yg secara langsung & tidak langsung menjayakannya. 

Kali ini, kami dapat kerjasama dan support dari Tripkekawan, Alumni MHS (Malacca High School) 70s, PEKA (Pertubuhan Kembara Amal), Alhamdulillah. 
  • Tajaan Iftar Ramadhan RM19,523 (dapat dimanfaat kpd 33 masjid, untuk 70-150 orang setiap masjid yg sama2 meraikan berbuka di masjid). Sila KLIK SINI untuk senarai penaja & transaksi tajaan ini. 
  • Tajaan 200kg tamar berkualiti tinggi oleh sahabat kami (nama minta dirahsiakan).
  • Zakat serahan kpd 400 org asnaf. (Setiap pek : tunai 20,000riel + 5kg beras + minyak masak + 1kg gula) di lebih 6 kampung muslim.
  • Sumbangan kpd anak2 yatim dr ahli MHS Alumni (Malacca High School 70s Alumni) di Madrasah & Darul Aitam Kampot 
  • Aktiviti kanak2 di 3 kampung muslim (aktiviti mewarna, ziarah mahabbah madrasah, hadiah alatulis) 
  • Perjumpaan & latihan guru2 madrasah tajaan DMK dan serahan gaji bulanan
  • Sessi sharing & team building dengan remaja muslim.
  • Aqiqah 2 ekor kambing untuk anak2 sdr Ahmad Suffian.
  • Sumbangan berbuka dengan 2 ekor lembu (tajaan Alumni MHS)
sessi team building bersama remaja muslim

Aktiviti kanak2 mewarna di Kg Sembroung


Serahan zakat kpd asnaf di masjid Kg Kendal


Berbuka Puasa di Kg PraiTenong Kampot

Sukarelawan bersama membantu unload 200kg tamar

Program mewarna anak2 di Madrasah Kg kendal

Berposing di pra sekolah baru kami di Kg Pomcham



Aktiviti berbuka di Kg Kendal

Kg Mlek Kol


Aqiqah kambing