Thursday, March 1, 2012

KOMPLEKS TAHFIZ MODEN DMK

Salam

Segala pujian untuk Allah. Alhamdulillah, seperti kebanyakan sahabat DMK ketahui, kami telah merancang untuk membina madrasah tahfiz moden pada 2012 InsyaAllah. Setelah beberapa perbincangan, pemantauan, dan penyelidikan selama hampir 12 bulan, kami telah memutuskan untuk membina KOMPLEKS TAHFIZ Moden DMK yang mempunyai madrasah tahfiz, asrama, rumah guru, masjid dan kawasan untuk aktiviti ekonomi dan pertanian.
Kompleks Tahfiz Moden DMK
di Prai Temai, wilayah Kampot

Secara umum 

  • Bangunan untuk tempatkan madrasah tahfiz, asrama, 3 unit rumah guru, masjid
  • Tanah 8 hektar (dlm 20 ekar) dibeli untuk kompleks Tahfiz dan aktiviti ekonomi/pertanian madrasah.
  • Pengambilan pelajar 30-50 orang (fasa 1) dari wilayah-wilayah lain di Kemboja. 
  • Penggabungan sistem madrasah tahfiz tradisional dan pendidikan moden (Bahasa Inggeris, Matematik) dgn 3-5 org guru dulu.
  • Bangunan yg mesra alam (tidak perlu bekalan elektrik, bekalan air paip, gunakan bahan tempatan & mesra alam seoptimum mungkin) dan mesra pengguna (sejuk/nyaman bila panas, selesa, luas dan kondusif untuk diduduki dan pembelajaran)
  • Pembinaan melibatkan bahan tempatan & kerjasama penduduk Muslim tempatan (orang kampung, guru, ibu bapa pelajar dan pelajar sendiri). Mereka akan di tunjuk ajar, bantu dan pemantauan oleh arkitek & civil engineer; sahabat DMK.
  • Kos jangkaan sekitar RM190,000 - 240,000 
  • Mula di bina hujung 2012 dan jangka siap dalam 5-7 bulan.
  • Pembiayaan Operasi bulanan dari projek ekonomi & pertanian yang digerakkan oleh guru & pelajar tahfiz ini (dibimbing & pantau oleh team DMK)
  • Pelajar tahfiz akan didedahkan juga kemahiran pertanian/ekonomi untuk membina sikap (attitude) positif, berdikari, rajin, tawakkal dan mereka dapat "create opportunities" selepas habis pengajian. 


Kenapa KOMPLEKS Tahfiz dan bukannya Madrasah Tahfiz?
Rupanya, hampir TIADA insitusi tahfiz di Kemboja. Jika ada pun mungkin 1-2 madrasah tahfiz kecil di wilayah Cham. Melihat kepada keperluan yang amat tinggi ini, kami mengambil keputusan untuk membina Kompleks Tahfiz yang akan menempatkan anak-anak Muslim dari pelbagai wilayah dari serata Kemboja.

Sistem tahfiz moden akan diguna pakai yang InsyaAllah akan mengeluarkan mu'min hebat dan dapat membantu membina komuniti Muslim yang cemerlang di dunia & akhirat, bukan sahaja di Kemboja, tetapi juga di mana sahaja InsyaAllah.



BANGUNAN MESRA ALAM?
Secara umum, Kompleks Tahfiz ini

  • rekabentuk tidak konvensional untuk mesra alam & mesra pengguna
  • tidak perlu bekalan elektrik dan bekalan air paip
  • gunakan bahan mesra alam tempatan (tanah liat, bata tanah, buluh, kayu) 
  • sistem bekalan air dari sumber alam (hujan, bawah tanah)
  • sistem pengudaraan & pencahayaan semulajadi

Design Konsep 1 (Julai 2011)
Design Konsep 2, improvised (Sept 2011)
Design Konsep 3, improvised (Jan 2012)


KENAPA PROJEK INI BERBEZA DARI YANG LAIN?

  • Bangunan : Mesra alam, identiti tersendiri & unik, mesra pengguna, bahan tempatan, amat praktikal
  • Komuniti : Hampir semua terlibat dalam pembinaan nya. Team arkitek & jurutera awam DMK akan tunjuk ajar, bantu & pantau pembinaan. Keterlibatan orang kampung, guru, ibu bapa pelajar dan pelajar sendiri memberikan "sense of belonging" dan ilmu pertukangan baru
  • Alam sekitar : Impak yang minima kerana bahan mesra alam & sedia ada digunakan
  • Sistem Pembelajaran : Tahfiz & Moden supaya "graduan" dari sini boleh menjadi pemangkin masyarakat Islam dan membantu membinanya, bukan mengharap kerja / makan gaji.
  • Kos Operasi Bulanan : Kurang/tidak perlu bantuan luar kerana tiada kos elektrik & air. Utk kos asas lain, projek ekonomi & pertanian yang diuruskan oleh guru & pelajar tahfiz ini dapat menampungnya sendiri (berdikari) 



UPDATE Progress utk Kompleks Tahfiz ini

  • 3 conceptual design secara berfasa (terima kasih Sdr Hashim - arkitek, Hj Azhar - consultant civil)
  • 8 hektar tanah dlm proses pembelian (penyumbang persendirian)
  • Memerlukan lagi dalam RM170,000 sebelum hujung tahun 2012


Kami sasarkan dapat kumpul 75% dari kos pembinaan pada atau sebelum AidilAdha dan dapat memulakan pembinaan selepas Program Qurban 2012, InsyaAllah.

Contoh rekabentuk yg tidak konvensional, identiti tersendiri
dan mesra alam & mesra pengguna (projek ini di Bangladesh)
INGIN MEMBANTU?
Alhamdulillah, teramat di alu-alukan. Bagaimana?

  • Bantu war-warkan kepada sahabat2 / saudara mara kita
  • Infaq/sumbang di sini . KLIK SINI untuk borang online. 
  • Sama-sama ikut kami ke Kemboja / umrah / NZ / Uzbek / Europe. Tarikh & kos trip di blog ini  http://umrahtransformasi.blogspot.com/ (sebahagian dr pendapatan trip-trip ini akan disalur ke DMK)

(selepas isi borang online & send, akan dapat nombor akaun Raudhah Sakeenah)
Moga tajaan/sumbangan ini menjadi pelaburan bijak di dunia, kubur & akhirat, InsyaAllah.

madrasah fardhu ain tradisional di Kemboja
rekabentuk ini sebabkan isu panas, agak gelap dan
kurang kondusif untuk mereka belajar