bersama Kak Ros (pengasas Nuh's Ark Montessori) kiri sekali, cik Maliyas (tengah) dan saya wakil DMK. |
Cik Maliyas, guru tajaan kami yang mengajar di Pra Sekolah Islam Montessori DMK Perai Tenong (dengan kerjasama Nuh's Ark Islamic Montessori Shah Alam) telah datang ke sini untuk sama-sama menimba ilmu, mengajar dan mendidik anak-anak di Nuh's Ark selama 2 bulan.
Maliyas terpilih kerana sifat rajin, komited dan selalu mencuba teknik pengajaran serta method baru untuk pelajar-pelajarnya di pra sekolah.
InsyaAllah, objektifnya ialah supaya apabila dia kembali nanti ke Kemboja pada hujung Feb 2014 ini, beberapa penambahbaikan berfasa dan berstrategi dapat di lakukan di kalangan sekolah-sekolah tajaan DMK dan perkongsian ilmu ini juga dapat dimanfaatkan oleh guru-guru lain samada madrasah tajaan DMK atau lain insyaAllah.
Dengan izin Allah, ini adalah hasil usahasama Pn Rose; pengasas Nuh's Ark Montessori dan juga sumbangan / infaq dari penyumbang-penyumbang DMK. Alhamdulillah.
Doanya usaha berterusan ini secara langsung dan tidak langsung akan membina umat Islam di Kemboja yang berdikari, bermutu, bertaqwa dan hebat di sisi Allah walaupun minoriti di sana. InsyaAllah.