|
sukarelawan Telekom Malaysia di kedutaan Malaysia di Phnom Penh |
Alhamdulillah,
Baru pulang minggu lepas bersama 24 sukarelawan dari Telekom Malaysia Perak (BAKIT - Badan Kebajikan Islam Telekom) dan sahabat lain. Antara aktiviti ialah penyerahan 150 naskah Al Quran terjemahan Kemboja (pertama kali dalam sejarah umat Islam di sini), penyerahan zakat & sumbangan, sembelihan lembu serta kenduri, pembinaan perigi pam, mesyuarat bersama guru madrasah & daei (pendakwah) serta aktiviti lain.
PENCAPAIAN YANG DAH MULA & TERCAPAI (Alhamdulillah)
- Pembiayaan Gaji Guru di 6 Madrasah terpilih setiap bulan (bermula Jun 2011)
- Program pembinaan insan & motivasi untuk para guru madrasah & pendakwah sekitar wilayah Kampot, Kg Som, KohKong (program bina insan setiap 3 bulan)
- Projek Bela Lembu (dah bermula secara berfasa)
- Program Aqiqah & Qurban DMK (klik sini utk info)
- Serahan bantuan sumbangan/zakat/sedekah dlm bentuk tunai, barangan keperluan asas, telaga pam, kenduri dan lain-lain.
- Bantuan pendidikan (Gaji Guru, Muqaddam, Quran terjemahan Kemboja, Penambahbaikan dan lain-lain)
- Kedai Makanan Halal di Kampot
- Bengkel Menjahit utk Muslimah
|
seronoknya. Bergambar bersama penduduk tempatan
di samping telaga pam yang di sponsor. Setiap telaga
pam boleh menampung 5-10 keluarga sekitarnya |
|
Sessi brainstorming dan perbincangan bersama guru
madrasah & daei yg mendapat tajaan DMK |
PROJEK/PROGRAM YANG AKAN DIBUAT
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU
Bantu war-warkan & sertai
|
Bengkel Menjahit Muslimah di Kampot |
|
Quran Terjemahan Kemboja |
|
Muqaddam utk diserahkan |
|
Projek Restoran Halal di Kampot |
|
Qurban & Aqiqah DMK |
|
Sumbangan sedekah & zakat |
|
Berbuka Puasa bersama Muslim kemboja |
No comments:
Post a Comment