Friday, June 20, 2014

LAPORAN TAJAAN BERBUKA PUASA DI KEMBOJA 2014





Kami mengucapkan Alhamdulillah dan segala pujian untuk ALlah. Dan bebanyak terima kasih kepada semua penaja & penyumbang untuk program tajaan berbuka puasa 2014 ini di Kemboja.

Alhamdulillah kami telah kembali dari Kemboja dan telah menyerahkan amanah sahabat2 semua. Ini laporannya dengan ringkas.


  • TARIKH LAWATAN = 11-15 Julai 2014 
  • TAJAAN BERBUKA = RM44,215.01  (dari Maybank RM42,215.01 + melalui sdr Khir Ariffin RM1000 tunai + melalui Hj Kamarudin Sohit RM1000 tunai. Nota : Ini termasuk kos TT Telegraphic Transfer ke Kemboja dan pertukaran matawang dari RM ke USD. Nilai dlm USD13,800)
  • ZAKAT = RM6,600.00 (RM2000 dr sdr Zack Yusseri + RM1000 dr sdr Kamarudin Sohit + RM1000 dr sdr Khir Ariffin + dr sdr Jasmi RM2600)
  • FIDYAH = RM1300
  • UTK AKTIVITI MADRASAH & GAJI GURU = RM2460 + USD170 tunai 


SERAHAN ZAKAT & FIDYAH & BERBUKA PUASA

  • 55 masjid & surau dalam wilayah Kampot dan Kg Som mendapat tajaan sekitar USD200-500/lokasi (bergantung kepada jumlah penduduk muslim) untuk berbuka puasa untuk 2 hari. 
  • 59 faqir mendapat RM100/org tunai + beras 5 kg
  • 51 miskin mendapat RM50/org tunai + beras 5 kg

serahan di lakukan di Kg Priang Pring, Kampot pada 12 Julai 2014. Faqir miskin ini datang dari kawasan ini dan sekitar, berdaftar dengan senarai ketua kampung dan pembahagian di lakukan dengan sistem kupon untuk mengelakkan kesilapan.

perbincangan & mesyuarat dengan tenaga pengajar madrasah
tajaan DMK di wilayah Kampot

perbincangan dengan senior members dari KgKeh Kampot

Projek Ekonomi Belia Islam Muda : mereka sedang membentang
projek tanaman mangga

membantu angkat beras di Kg Priang Pring untuk agihan asnaf
pada 12 Julai 2014

peserta/sukarelawan membantu agihan kepada asnaf.
Semua asnaf yang layak shj menerima diberikan kupon oleh pihak
ketua kampung sebelum majlis serahan


ini semua adalah 59 faqir yang menerima 5kg beras + RM100 tunai

sdr Khir, peneraju DMK utk latihan

Kg Priang Pring. Tazkirah & majlis ilmu ringkas dalam 30 minit
di adakan sebelum majlis serahan zakat. 

majlis berbuka puasa & serahan zakat adalah salah satu cara & strategi
efektif untuk kami dapat masuk ke semua kampung2 di wilayah
ini dan memberikan peluang untuk menyampaikan risalah Islam

ujian tilawah & hafazan di Priang Tepoh



berbuka bubur ayam di Masjid Kg Sembroung.



NOTA DARI SEBELUM SERAHAN PADA 6 JULAI 2014 (di bawah)

Jumlah tajaan sejak 26 Mei 2014 hingga 10 Julai 2014 ialah RM41,215.01 (kemaskini 2pm, 10 Julai 2014) yang telah dimasukkan ke akaun DMK RAUDHAH (Maybank Islamic, 5624 0560 4423). Sila lihat senarai transaksi di SINI. (klik sini)

InsyaALlah dari jumlah ini, boleh memberi manfaat kepada lebih 5000 keluarga muslim berbuka puasa di 55 masjid sekitar wilayah Kampot untuk berbuka 2 hari. Moga ia menjadi pelaburan yang baik untuk kita semua di akhirat nanti, insyaAllah.


INFO PROGRAM BERBUKA

  • Team DMK akan ke Kemboja pada 11-15 Julai ini.
  • Meliputi sekitar 55 kampung muslim di wilayah Kampot , dalam 5500 keluarga muslim jumlah. 
  • Populasi Muslim di wilayah ini dalam 10% dari jumlah populasinya
  • Biasanya kita akan anjurkan program/aktiviti lain bersama muslim di kawasan itu pada siang harinya.
  • Program berbuka di mulai dengan program ilmu/ tazkirah 10-15 minit sebelum waktu Maghrib
  • Sekitar 50-200 penduduk berbuka setiap masjid bersama samada dari golongan kanak2, belia, dewasa dan tua.
  • Kos berbuka puasa per masjid sekitar USD70-150, bergantung kepada populasi penduduk muslim di kawasan tersebut.

INFO LANJUT
boleh hubungi kami di danamadrasahkemboja@yahoo.com insyaAllah

Saturday, April 5, 2014

Program Ziarah Madrasah & Saudara Islam di Kemboja bersama DMK

menyusur di tepian Sg Kampot.

insyaAllah di sini adalah tarikh lawatan & ziarah bersama DMK (Dana Madrasah Kemboja) pada 2014 ini

  • 27 - 30 April , kos ground RM650/org (beli sendiri tiket AirAsia ke PPENH 27 Apr pagi, balik ke LCCT 30 April petang)
  • 11-13 Julai (Ramadhan program) kos ground RM600/org (beli sendiri tiket AirAsia ke PPENH 11 Julai pagi, balik ke KUL 13 Julai petang, Jumaat - Sabtu)
  • 4-8 Oktober (Program Qurban) kos ground RM850/org (beli sendiri tiket AirAsia ke PPENH 4 Okt pagi, balik ke LCCT 8 Okt petang)


TENTATIF PROGRAM (secara umum)

HARI 1 (Ramadhan) Jumaat
4am - Berjumpa di airport untuk penerbangan AirAsia ke Phnom Penh.
8am - Jangka tiba Phnom Penh. Gerak ke Kampot (selatan Kemboja, dlm 2.5 jam perjalanan) menaiki kenderaan 4x4 atau van.
11am - Tiba di Madrasah Perai Tenong dan Pra Sekolah Islam. Program bersama pelajar dan kanak2 di kampung ini. (dlm 400 keluarga muslim) di bantu team pendakwah DMK.
1pm - Solat Jumaat / Zohor berjemaah di Masjid Perai Tenong.
4pm - Gerak ke wilayah Kep untuk melihat tangkapan ketam dan belian ketam segar di pantai ini.
6pm - Balik ke Kampot dan singgah Kg Keh untuk ziarah Akademi Imam Syafie dan muslim di sini.
7pm - Buka puasa dan solat Maghrib jemaah bersama penduduk tempatan
9pm - Balik ke hotel dan rehat.

HARI 2. (Ramadhan) Sabtu
400am - Sahur di restoran halal DMK dan kemudian gerak ke Masjid Kg Kendal untuk solat Subuh berjemaah.
6am - Ziarah Madrasah dan Asrama anak Yatim di Kg Kendal dan tempat turun ikan segar.
8am - Balik hotel tukar baju dan keluar dan ready untuk aktiviti.
9am - Gerak ke Madrasah Priang Pring dan Madrasah Duntao untuk ziarah dan aktiviti untuk pelajar kanak-kanak. Aktiviti seperti melukis/mewarna/hafazan/azan dan lain-lain.
12pm - Kemudian ke Madrasah MakPrang Tebong untuk aktiviti bersama di sini.
130pm - Solat jemaah.dan ke Madrasah Mlek Kol dan aktiviti bersama dengan pelajar di sini.
530pm - Program berbuka puasa di masjid.
7pm- Selepas berbuka, solat jemaah dan balik ke hotel untuk rehat.

HARI 3 (Ramadhan) Ahad
4am - Sahur dan Solat Subuh jemaah
6am - Gerak ke Ppenh. Seperti Phsar Thmey (pasar seni & cenderahati), istana, bandar PPenh, waterfront. Jika ada peserta nak gi muzium perang dan killing field, boleh di aturkan (dengan kos tambahan).
1pm - Solat Zohor dan gerak ke airport.
230pm - Bergerak ke airport dan cek in untuk flight balik ke Kuala Lumpur.

KOS GROUND termasuk
  • Kenderaan, pemandu dan guide di Kemboja seperti itinerari
  • Makan Minum halal seperti itinerari
  • Penginapan bajet (twin/triple share) x 2 malam
  • Takaful Kembara untuk peserta
Itinerari selalu berubah menurut kesesuaian insyaAllah.


CARA BOOKING & BAYARAN
  1. beli tiket flight AIRASIA ke Phnom Penh pada 11 Julai pagi,  dan flight balik 13 Julai petang.
  2. Emailkan ke tripkekawan@yahoo.com dan berikan info anda (Nama, No Tel, No KP, Alamat) serta copy tiket flight tadi
  3. Kami akan respond via email dan arahan seterusnya
  4. 2 minggu sebelum trip buat bayaran RM600/org; Ground kos ke Raudhah Sakeenah Travel (Maybank, 5624 0560 1839)
  5. Jumpa di airport KLIA 2 pada 4am, 11 Julai. insyaALlah. 
NOTA : Harga & itinerari boleh berubah.


APA YANG SAYA/PESERTA PERLU BAWA

  • Passport (masih sahlaku >6 bulan dari tarikh tiba PPenh)
  • duit poket dlm USD150-300/orang
  • alatulis dlm 10 set (pensil kaler, pemadam, pensil) untuk bantu semasa aktiviti madrasah
  • sumbangan peribadi / zakat/ fidyah jika ada. 
  • pakaian peribadi dlm beg kecil (maksima saiz beg 18-20" seorang) 
  • ubat-ubatan persendirian.
  • semangat dan komitmen membantu, kerjasama dan berjemaah.
peserta juga menjadi sukarelawan membantu dan bersama
dalam aktiviti DMK di Madrasah

selepas program, ramai2 ambil gambar.





Tuesday, March 18, 2014

DERMA KILAT 24 JAM untuk Telaga Air Kemboja

Telaga Pam. Di korek ke kedalaman 15-30m bawah tanah. ni gambar dgn
telaga pam sumbangan BAKIT Telekom Perak. 

ini pula telaga simen. teknik pembuatan bergantung kepada
faktor tanah dan air bawah tanah nya. 
Bismillah

UPDATE

  • Alhamdulillah derma ini telah ditutup.
  • Syukur dan bebanyak terima kasih untuk semua yg menaja, infaq & menyumbang.
  • Sebanyak 73 transaksi diterima dan sejumlah RM7431 telah para penyumbang/penaja bank in ke akaun DMK RAUDHAH untuk projek ini.
  • untuk senarai transaksi sila KLIK SINI
  • Sebanyak 8 buah telaga boleh dibuat dengan sumbangan ini, yang mana ada pihak (tak mahu diinform) akan menampung kos tambahan untuk mencukupkan 8 buah telaga air.
  • insyaALlah ia dapat memberi manfaat kepada 80 keluarga daif untuk mendapat sumber bekalan air yang baik terutama semasa musim kemarau. 
  • Moga Allah meredhai usaha kerdil ini dan menjadikan nya pelaburan baik di akhirat nanti. insyaALlah. 


Mendapat permintaan team pendakwah kami di Kemboja, ada beberapa kampung dhaif perlukan telaga pam air terutama semasa musim kemarau sekarang. Kemboja negara tropika, yang memang mengalami kemarau selama dalam 6-8 bulan dari Januari hingga Julai selalunya.

Oleh itu, jika saudara muslim ingin infaq untuk tujuan ini, insyaAllah kita buka peluang infaq ini

  • derma dibuka dari 16Mac hingga 17 Mac 2014 (24 jam shj)
  • derma ikhlas dari RM10
  • bank in ke akaun MAYBANK Islamic (DMK RAUDHAH, 5624 0560 4423)
  • kos per telaga ialah USD250-350 (bergantung kepada tempat)
  • sebuah telaga dapat manfaat 8-10 keluarga sekitar
  • 5-7 hari untuk bina sebuah telaga
  • duit yg masuk selepas 17 Mac akan digunakan untuk membayar gaji guru dan perjalanan madrasah2 tajaan DMK di Kemboja insyaAllah.


Kami target 5 telaga di tempat yang memerlukan iaitu

  1. TepiangTepauh
  2. Andong
  3. Samroung
  4. MakPrang Ket
  5. Damrai Pong

(Semua kampung muslim ini terletak dalam wilayah Kampot)


Moga usaha ini diberkati dan diredhai ALlah insyaAllah.

Sunday, March 16, 2014

MEMBINA BINAAN? MEMBINA INSAN?

Madrasah Duntao. 

Madrasah Priang Pring

Madrasah Prai Tenong


Alhamdulillah, dari pemantauan dan penglibatan kami di Kemboja, kami memfokuskan kepada MEMBINA INSAN DAN BUKAN SHJ MEMBINA BANGUNAN & BINAAN. Maka, fokus adalah lebih kepada aktiviti pendidikan, attitude & skills development dan penambahbaikan modal insan insyaAllah.

Dari mana sumber DANA kami dapat? Secara umumnya



Berapa Madrasah yang ditaja, biayai dan di pantau/uruskan oleh DMK?

Alhamdulillah, buat masa ini DMK menaja, membantu urus dan menjalankan proses penambahbaikan madrasah & sistemnya secara berperingkat di beberapa kampung muslim di wilayah KAMPOT (selatan Kemboja) iaitu di

  1. Madrasah Prai Tenong (dlm 350 pelajar)
  2. Madrasah Duntao (dlm 150 pelajar)
  3. Madrasah Priang Pring (dlm 80 pelajar)
  4. Madrasah Mak Prang (dlm 120 pelajar)
  5. Madrasah Triek (dlm 80 pelajar)
  6. Madrasah Prek Sekai (dlm 90 pelajar)
  7. Madrasah Priang Tepoh (dlm 70 pelajar)
  8. Pra Sekolah Islam Montessori Prai Tenong (dlm 30 pelajar)

JUMLAH PELAJAR : sekitar 1000 orang.
JUMLAH GURU DITAJA : 16 orang

Pendidikan di madrasah adalah PERCUMA manakala di Pra Sekolah adalah pada kadar "token" (dlm $USD5 sebulan seorang sahaja).

AKIVITI DMK LAIN?

Untuk memperkasa modal insan dan target kami dalam 2020 nanti insyaALlah saudara Islam dan team daei kami di Kemboja boleh berdikari dari segi ekonomi, kewangan, pendidikan, penambahbaikan, pengurusan; beberapa aktiviti & perancangan yang sudah, sedang dan akan di adakan insyaAllah. Antaranya :
  • Program Bina Akhlak Islam & Sifat Positif Mu'min  hebat 2-3 kali setahun
  • Sistem pemantauan, penambahbaikan, mentoring (usrah) yang bersistem dan efisien
  • Aktiviti penternakan dan pertanian seperti kebun buah2an, penternakan lembu.
  • Bengkel Skills (jahitan, komputer IT, pemakanan)

Moga usaha kecil ini diredhai Allah dan menjadi pelaburan baik di kubur kita nanti InsyaAllah. Doa ikhlas dan sokongan dari semua pihak amat kami alu-alukan, Robbi Yassir.


madrasah & masjid Triek

mesyuarat dan perbincangan dengan semua
ketua kampung (45 kampung muslim) dalam
menyelaraskan aktiviti amat penting.

antara sukarelawan2 semasa aktiviti

antara sukarelawan2 semasa aktiviti

madrasah Duntao (bangunan 1)

Perbincangan santai dengan sukarelawan dan team
DMK tempatan (program Ramadhan)
di Masjid Prai Tenong

madrasah MakPrang

Madrasah Duntao (bangunan 2)


Friday, February 21, 2014

Guru tajaan DMK yg berpotensi dan komited dihantar ke Malaysia untuk penambahbaikan

Alhamdulillah, dengan izin Allah, awal tahun ini kami mula menghantar guru tajaan kami dari Kemboja ke Malaysia untuk proses penambahbaikan dari segi ilmu teori, ilmu praktikal dan pengalaman hands on.
bersama Kak Ros (pengasas Nuh's Ark Montessori) kiri sekali,
cik Maliyas (tengah) dan saya wakil DMK.

Cik Maliyas, guru tajaan kami yang mengajar di Pra Sekolah Islam Montessori DMK Perai Tenong (dengan kerjasama Nuh's Ark Islamic Montessori Shah Alam) telah datang ke sini untuk sama-sama menimba ilmu, mengajar dan mendidik anak-anak di Nuh's Ark selama 2 bulan.

Maliyas terpilih kerana sifat rajin, komited dan selalu mencuba teknik pengajaran serta method baru untuk pelajar-pelajarnya di pra sekolah.

InsyaAllah, objektifnya ialah supaya apabila dia kembali nanti ke Kemboja pada hujung Feb 2014 ini, beberapa penambahbaikan berfasa dan berstrategi dapat di lakukan di kalangan sekolah-sekolah tajaan DMK dan perkongsian ilmu ini juga dapat dimanfaatkan oleh guru-guru lain samada madrasah tajaan DMK atau lain insyaAllah.

Dengan izin Allah, ini adalah hasil usahasama Pn Rose; pengasas Nuh's Ark Montessori dan juga sumbangan / infaq dari penyumbang-penyumbang DMK. Alhamdulillah.

cik Maliyas (kanan skali) mengajar di pra Sekolah Islam DMK di
Prai Tenong, Kampot. Dia pun belajar part time Degree Linguistic
di universiti tempatan dan boleh berbahasa asas Inggeris dan sedang
belajar bahasa Malaysia juga. 


Doanya usaha berterusan ini secara langsung dan tidak langsung akan membina umat Islam di Kemboja yang berdikari, bermutu, bertaqwa dan hebat di sisi Allah walaupun minoriti di sana. InsyaAllah.

Saturday, December 7, 2013

LAPORAN PROGRAM QURBAN & AQIQAH 2013

di Pusat Sembelihan Kg Mlek Kol. Hujan hari tu. Alhamdulillah.


Alhamdulillah PROGRAM QURBAN & AQIQAH DMK 2013 berjalan lancar dengan izin Allah. Kami juga mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam semua aktiviti DMK. Doa semua juga kami ucapkan bebanyak terima kasih.

LAPORAN PROGRAM QURBAN & AQIQAH DMK 2013
Kami telah siap memproses semua senarai peserta dan peserta yang memerlukan sijil dan resit juga telah kami pos atau emailkannya. InsyaALlah.

  • QURBAN – 117 ekor lembu
  • AQIQAH – 12 ekor lembu & 1 ekor kambing
  • PUSAT SEMBELIHAN – 4 Pusat Sembelihan
  • KAMPUNG MENDAPAT MANFAAT – 42 Kampung Muslim (dalam 5500 keluarga muslim)
  • (Agihan lembu dari DMK adalah setelah mesyuarat dengan wakil/penghulu kampung dan mengambil kira sumbangan lembu dari pihak lain dan jumlah penduduk Muslim kampung tersebut)


PECAHAN QURBAN & AQIQAH 2013

PUSAT SEMBELIHAN 1 = Kampong Kandal
Don Taok =5
Trapeang Smak = 4
TrapeangPring = 4
Bang Tapram Tom = 2
Bang Tapram Toch = 1
Kampong Kandal Tom = 5
Kampong Kandal Toch = 2
Kampong Treak = 4
Kandal Tebong = 2
Trapang Rong = 2
Wal Tapau = 2
Surau TrapeangPring = 1
JUMLAH (Pusat Sembelihan 1) = 34 ekor

PUSAT SEMBELIHAN 2 = Kebarumeah
Kampong Keh = 5
Kebarumeah = 4
Sembroung = 4
Phnom Pruh = 3
Sebaouk = 4
JUMLAH (Pusat Sembelihan 2) = 20 ekor

PUSAT SEMBELIHAN 3 = PomCham
Pomcham Toch = 2
Pomcham Tom = 4
Tavi Jaing = 2
Perai Tenout = 2
Tataing Tangary = 3
Tedop Tom = 4
Tedop Toch = 2
Tavi Tebong = 3 & 1 kambing
Trabang Rapauv Kert = 3
Prek Sekai = 3
JUMLAH (Pusat Sembelihan 3) = 28 ekor lembu & 1 kambing


PUSAT SEMBELIHAN 4 = MLEK KOL
Stengkeaou = 3
Bang Teroung = 2
Stengkeaou Dong = 2
Mlek Kol = 3
Prei Tenong Cheung = 4
Prei Tenong Tebong = 4
Kampong Krong = 4
Andong Trabei = 3
MakPrang Cheung = 4
MakPrang Tebong = 4
MakPrang Kart = 3
Tebei Temai = 3
Nil = 2
Karn Nab = 2
JUMLAH (Pusat Sembelihan 4) = 43

Pusat Sembelihan Boeng Ta Phrom = 4

JUMLAH BESAR = 129 ekor lembu & 1 ekor kambing

selepas sembelihan di Kg Kebarumeah Kampot. 

Sessi majlis serahan pembahagian lembu selepas mesyuarat
agihan Qurban Aqiqah dengan semua penghulu/ketua
kampung muslim di wilayah Kampot, Kg Som dan Kep. 



Friday, August 16, 2013

Program Qurban & Aqiqah Kemboja 2013 DMK

Alhamdulillah, program Qurban & Aqiqah Kemboja 2013 anjuran DMK kembali lagi.


Kami mengalu2kan semua pihak untuk mewar-warkan maklumat ini. InsyaAllah.

DAFTAR ONLINE
Sila klik di link ini untuk download borang. (isikan borang dan ikut arahan seperti dalam borang)

Jika ingin turut serta bersama ke Kemboja, juga di alu2kan. 13-19 Oktober 2013, RM1600/orang all in (flight pergi balik KLIA - PPENH, makan minum halal, penginapan, transport, guide, lawatan & ziarah & aktiviti bersama madrasah & DMK di sana, kursus sembelihan ikut sunnah di Kemboja).

Nota : Kami hadkan utk 20 peserta terawal shj untuk bersama ke Kemboja trip Qurban ini. Jika ingin mengikuti, sila emailkan NAMA, NO TEL, ALAMAT anda ke danamadrasahkemboja@yahoo.com


Robbi Yassir.

Sunday, July 21, 2013

Program Infaq sempena bulan Ramadhan

Alhamdulillah segala pujian untuk Allah.

Kami mendapat banyak permintaan untuk meneruskan dan membuka Program Tajaan Berbuka Puasa di Kemboja (telah tutup). Oleh kerana ia telah mencapai sasaran (berbuka puasa), maka kami ingin syorkan jika ingin meng infaq, boleh infaq dan sumbangkan untuk membantu perjalanan madrasah-madrasah tajaan DMK. InsyaALlah.


  • Sumbangan ikhlas dari RM10. 
  • Terus bank in ke akaun Maybank Islamic (DMK RAUDHAH, 5624 0560 4423)
  • Tarikh tutup 7 Ogos (29 Ramadhan)
MADRASAH TAJAAN DMK

  • Madrasah Prai Tenong Kampot
  • Madrasah PriangPring Kampot
  • Madrasah Duntao Treikoh Kampot
  • Madrasah Triek Kampot
  • Madrasah MakPrang Tebong Kampot
  • Madrasah PriangTepoh Kampot
  • Madrasah Prek Sekai Kg Soum/Sihanoukville
  • Madrasah Chrang Cham Phnom Penh
  • Pra Sekolah Islam Prai Tenong Kampot

Jumlah guru/ustaz ialah 18 orang dan lebih 1300 pelajar

Moga Allah meredhai usaha ini dan mengiranya sebagai pelaburan baik di kubur & akhirat nanti InsyaAllah.

Laporan dari PROGRAM TAJAAN BERBUKA PUASA DMK 2013

Alhamdulillah dan segala pujian untuk Allah.

sabar menunggu untuk berbuka. Masih ada 25 minit untuk Maghrib.
di Kg Keh, Kampot.

Alhamdulillah, sejumlah RM50,260 telah di sumbangkan oleh sahabat2 dari Malaysia di bank in ke akaun Maybank Islamic (DMK Raudhah). Ribuan terima kasih dari kami terutama dari saudara muslim di sana yang amat gembira dengan sumbangan ini.

Dari jumlah tersebut, pengagihan program berbuka puasa adalah seperti berikut
  • di 73 masjid dan surau di 3 wilayah (Kampot, Kep, Kg Som)
  • purata setiap masjid dapat 3 hari berbuka 
  • meliputi lebih dari 8000 keluarga muslim yg mendapat manfaatnya
  • purata seramai 70-250 muslimin berbuka di setiap masjid (bergantung kpd populasi muslim di kampung tersebut)
  • Kos berbuka antara USD50-150 per masjid sehari tertakluk kepada jumlah populasi muslim di setiap kawasan tersebut.


PENAMBAHBAIKAN
Konsep kami ialah "membina insan". Maka kami di bantu team guru/ustaz/daei telah mengadakan
  • majlis ilmu/tazkirah pendek (dlm 5-7 minit) sebelum berbuka puasa
  • majlis ilmu antara maghrib & isyak (dlm 15-25 minit)
  • Program anak-anak (program mewarna, hafazan, azan, tilawah) pada siang hari.

di setiap surau dan masjid yang kita adakan program berbuka. Di harapkan ini membentuk budaya cintakan ilmu di kalangan saudara muslim di sini insyaAllah.

Moga Allah meredhai dan menjadikan sumbangan ini sebagai pelaburan di akhirat nanti InsyaAllah.

Thursday, May 16, 2013

ZIARAH KEMBOJA & VIETNAM RAMADHAN & BERBUKA PUASA 12-16 JUL 2013


madrasah Perai Tenong. dlm 300 pelajar dan 7 org pengajar di sini.
antara madrasah tajaan penuh DMK. 

INsyaAllah team DMK akan ke Kemboja & Vietnam paada 12-16 Julai 2013 ini. Jika berminat, anda ada 2 pilihan,

  • KEMBOJA SHJ (12-14 Julai) RM550 (Ground shj, tak masuk flight)
  • KEMBOJA & VIETNAM (12-16 Julai) RM1100 (Ground shj, tak masuk flight)

(Ground = penginapan, kenderaan, pemandu, wakil DMK, makan minum halal, perjalanan). Tiket penerbangan beli sendiri. Jika berminat ikut, sila emailkan NAMA, NO TEL, ALAMAT anda ke tripkekawan@yahoo.com

AKTIVITI UTAMA

  • Ziarah madrasah-madrasah di wilayah selatan Kemboja (Kampot, Kep) 
  • Ziarah dan berkenalan dengan saudara muslim di sini. (Minoriti di Kemboja, dlm 7% dari populasi)
  • Program berbuka puasa bersama orang kampung muslim di Masjid-masjid
  • Program bersama pelajar madrasah dan anak yatim yang rata-rata amat daif
  • Lawatan tempat menarik di Kemboja & Vietnam

menunggu untuk berbuka puasa di Kg Sembroung.
dgn RM200-300, insyaALlah dpt jamu 100-200 orang berbuka.

PROGRAM
HARI 1, 12 JULAI (Jumaat)
Peserta tiba pagi di Airport Phnom Penh dan di sambut wakil DMK. Terus gerak ke wilayah Kampot (dalam 2.5 jam perjalanan). Singgah ziarah madrasah Perai Tenong dan pra sekolah Islam di sini yang di taja DMK dan solat Jumaat. Petang ziarah Kg Keh, dan komuniti muslim sini. Kemudian ke wilayah KEP untuk melihat pantai Kep dan jika ada, beli ketam laut hidup. Berbuka puasa di Kg Kendal dan solat Maghrib & Isyak & tarawih jemaah di kampung muslim sini. Balik hotel dan rehat.

HARI 2, 13 JULAI (Sabtu)
Sahur di rumah Ustaz Sulayman. Subuh jemaah di Masjid Kg Kendal. Kemudian ziarah asrama & madrasah anak yatim di kawasan itu. Lawat kawasan tempat turun ikan segar. kemudian ziarah dan program bersama pelajar madrasah di Kg Mlek Kol. Solat zohor & Asar berjemaah. Petang gerak ke madrasah Mak Prang Tebong untuk aktiviti bersama pelajar madrasah dan muslimin di sini. Berbuka puasa di masjid sini. Balik ke Kampot, solat Maghrib, Isyak dan tarawih di Masjid Kg Keh.

HARI 3, 14 JULAI (Ahad)
Selepas Subuh gerak ke Phnom Penh. Aktiviti melawat kawasan menarik di Phnom Penh seperti Phsar Thmey (Central Market), Istana Raja, Waterfront. Jika ada yang nak, boleh buat lawatan tambahan ke Killing Field dan muzium seksaan PolPot (kos tambahan). Solat zohor dan ziarah kawasan muslim di Phnom Penh.

UNTUK yang TRIP KEMBOJA SHJ, kami akan hantar ke Airport selepas solat Zohor.

Lewat petang boleh naik river cruise. Buka puasa di restoran muslim. Solat jemaah di masjid BangKork. Balik hotel dan rehat.

HARI 4, 15 JULAI (Isnin)
Lepas Subuh, naik pagi naik bas ke HO CHI MINH (dlm 5 jam perjalanan). Tiba HCM, solat zohor di masjid. Melawat Ben Thanh Market yang terkenal dengan pelbagai barangan murah. Aktiviti bebas. Buka puasa, solat jemaah dan balik hotel dan rehat.

HARI 5, 16 JULAI (Selasa)
Selepas solat Subuh, terus gerak ke Chu Chi Tunnel (tempat sejarah tunnel dan peperangan dengan penjajah Amerika). Selepas tu, ke Mekong River dan menikmati budaya tempatan. Solat jama' qasar ta'khir Asar & zohor di HCM. Lewat petang ke airport untuk penerbangan balik. Trip tamat.

Telekom Perak, antara badan kebajikan yg komited & konsisten
dalam membantu muslim di Kemboja bersama DMK. 

BERMINAT IKUT?
Sila emailkan NAMA, NO TEL, ALAMAT anda ke tripkekawan@yahoo.com
Tarikh tutup pendaftaran ialah 1 JULAI 2013.

SAYA NAK MENYUMBANG BERBUKA PUASA TAPI TAK IKUT?
Boleh & di alu-alukan. Sumbangan ikhlas dari serendah RM10. Kos berbuka puasa dalam RM200-300 sekampung sehari (untuk jamuan 80-200 orang di masjid INsyaAllah). Sila bank in ke akaun MAYBANK (DMK RAUDHAH, 5624 0560 4423).

sebahagian dari penduduk dan anak2 muslim di Kg Perai Tenong
menunggu masuk Maghrib untuk berbuka puasa.