Monday, January 23, 2012

Memandu kenderaan Malaysia di Kemboja

Perjalanan dari KohKong ke wilayah Kampot di Kemboja.
Macam-macam jenis jalan ada. 
Alhamdulillah, masa Qurban tahun lepas, kami beserta beberapa orang lg pandu kereta (4x4) dari Malaysia ke Kemboja (Malaysia > Thailand > Kemboja). Fuih, banyak pengalamannya Yeop.. he he.
Kumpulan kami di Kg4, Kohkong. Baru melepasi sempadan Thai/Kemboja


Kami menggunakan 3 kenderaan (1 Hilux, 1 Pajero, 1 Landcruiser VX). Alhamdulillah perjalanan agak lancar walaupun ada cabaran dan pengalaman tersendiri. Memandu ke negara luar terutama di mana teramat jarang la kenderaan Malaysia pergi memerlukan perancangan dan bantuan orang tempatan. 

Secara umum
  • Pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan tahan.
  • Jenis kenderaan yang mudah diselenggara dan ada spare parts jika berlaku kerosakan (dlm kes ini, Toyota)
  • Semua ahli kumpulan faham tanggungjawab masing-masing dan kena bantu membantu
  • Mesti ada keserasian antara semua ahli kumpulan kerana banyak cabaran yang menjelma... he he.
  • Pastikan ada komunikasi dan bantuan dari orang tempatan kerana cabaran bahasa, prosedur, paperwork dan lain-lain isu yang mungkin berlaku
  • Hubungi pejabat konsulat atau kedutaan Malaysia untuk memberitahu perjalanan kita
  • Ambil takaful kembara untuk kurangkan kos jika berlaku sakit atau kena bawa ke hospital
  • pastikan semua paperwork kenderaan, passport, contact no dan telekomunikasi (walkie talkie) ada (checklist sebelum pergi)
  • Rehat dengan agak cukup dan semua ahli boleh memandu. Ini kerana ada tempat di mana perlu pandu 10-14 jam secara terus menerus. kena tukar tukar pemandu la
  • Perjalanan dlm 8 HARI (4 hari pergi, 4hari balik). 
  • dan banyak lagi... 

Yang penting, bincang dengan pihak atau mereka yang pernah & berpengalaman dalam laluan tersebut. Ini banyak membantu sebab lain tempat, lain cabarannya.

Masa kami pergi, belah utara Thailand banjir, maka kami masuk dan keluar Kemboja melalui sempadan (Khlong Yai > KohKong). Lagipun, kami nak pergi ke Kampot, so dekat la.

SELAMAT KE?
Secara umum, agak selamat. Cuma sebaiknya ada kenderaan tempatan yang bersama konvoi kita. Sebab polis depa suka "pau" kereta luar... "policemen must take 5 dolla" ... he he. Kalau ada kereta & wakil tempatan sepanjang perjalanan, insyaAllah ok je. Lagipun, GPS tu korang tak yah la guna sini, memang tak bule pakai map dia. Kena pakai local knowledge juga.

Cuma drive malam tak di galakkan sebab jalan mereka takda lampu. dan juga ramai kalau orang mabuk, suka baring tepi atau tengah jalan.. horror woo.. kami hampir terlanggar orang mabuk yang tengah baring kat  tengah jalan gak... 

Lagipun, banyak motor dan kenderaan yang takda lampu.. itu lagi bahaya..

antara jalan ke kampung-kampung..
kalau naik kereta, mau tanggal dashboard woo..

JALAN DIA OK KE?
Kalau bawa kereta, ke bandar utama ok la, jalan agak ok cuma ada kawasan yang tak ok. Cuma kalau nak ke kampung ni, sebaiknya pacuan 4 roda, sebab kalau bawak kereta, bule cabut tayar & dashboard kete korang karang. Jalan di Kemboja agak teruk secara umumnya, cuma jalan-jalan baru siap insyaAllah ok. 

Kena ambil tahu cuaca / musim di Kemboja sebab depa ni monsoon. Kalau musim hujan, pakat banjir le. Kalau musim panas, MasyaAllah, panas & kering yang melampau. Ada kolam besar yang sampai kering kontang. 

Ni heppi sebab baru melepasi sempadan Thailand dan
masuk ke Kemboja.
haa... ni jalan masuk kampung yang teruk.. ni kira ok lagi
kalau musim hujan, lagi brutal
pengangkutan short distance di sini yg paling murah
pemandangan biasa. ni di Phnom Penh.
kalau kat pekan kecik, lagi brutal. Malam takda lampu

setakat "overload" mcm ni, biasa la. 
DOKUMEN APA YANG PERLU?
Pemilik kenderaan perlu ada bersama, kalau tiada, boleh buat surat kebenaran, tapi masalah sikit semasa nak masuk Kemboja nanti.
  • 3 copy geran (depan belakang)
  • 3 copy passport (muka depan yang ada no passport & info kita)
  • Surat dari pihak konsulat Malaysia di Phnom Penh (untuk bawa kenderaan Malaysia ke Kemboja)

Nak masuk Thailand, agak mudah & sistematik. Sebelum sampai border, stop sekejap di hentian ala R&R yang akan bantu proses insurans (3rd party insurans) untuk masuk & keluar. Insurans tu 2 minggu dlm RM22 gitu. Oleh kerana 3rd party, kena la korang lebih hati-hati ye. Maknanya, cover utk loss atau kerosakan pihak lain sahaja, dan BUKAN kenderaan kita.

 
amacam? ada berani ka?

Nak masuk Kemboja, sebaiknya ada local punya contact untuk memudahkan. Sebab kat sini cowboy sikit. Sini takda insurans, so kena la hati-hati. Kalau eksiden, pandai-pandai la korang settlekan dengan pihak yang terlibat. Sebaiknya konvoi kita ada local/org tempatan yang boleh membantu, guide dan keselamatan juga.Proses nya tak susah mana cuma takda le sistematik sangat. Dia punya border crossing pun ala guard nak masuk kilang yg multinational.. (rasanya ada kilang yang lagi canggih & sistematik dia punya entrance sistem.. he he he). 

Kat Kemboja, yang merbahaya ialah orang kat sini majoritinya kenderaan takda insurans. Motorsikal, basikal dan binatang (lembu & khinzir) berkeliaran, so kena awas. Kalau di pekan atau bandar kecik, memang depa bawak slow je, 30-50kmh macam tu. Jalan besar yang takda kereta , ada la speed limit, tapi tak pernah la pulak ada speed trap.. he he. Korang pandai-pandai le hidup. Banyak minta pada Allah dimudahkan dan di selamatkan perjalanannya.
korang jangan tergezut. Sini rata-rata pakai Lexus woo..
mcm LX470 thn 2002 ni, dlm USD12,000 aje.. he he
Kalau kena tahan polis (biasa depa suka "paw"), korang cakap bahasa Malaysia je. Biar sama-sama tak faham, nanti polis tu fed up, dia lepaskan je la, InsyaALlah. Tak yah le nak eksyen cakap bahasa omputeh (English) atau bahasa Khmer.. kang tak pasal lagi banyakdi paw oleh pak polis tu.

InsyaALlah kitaorang plan raya Aidiladha tahun ni pun akan ke sana lagi naik 4x4 juga sempena program Qurban 2012. Moga Allah mudahkan dan memberikan keredhaanNya untuk usaha kecil ini.











2 comments:

  1. Assalamualaikum bos nk mintk no tel bos

    ReplyDelete
  2. Saya juga plan kesana esok mula perjlnan..berdua sahaja..naik kreta sendiri..
    Tapi tajvada kelulusan dari konsolat do phnom penh... Boleh lepas ker

    ReplyDelete