Tuesday, November 29, 2011

LAPORAN QURBAN & AQIQAH NOV 2011

Alhamdulillah. Segala pujian untuk Allah. Dah selesai semua ibadah Qurban di Kemboja.
  • Qurban : Lembu 104 ekor, Kambing 5 ekor
  • Aqiqah : Lembu 6 ekor, Kambing 5 ekor
bergambar dulu sebelum memulakan ibadah. di Madrasah
& asrama Darul Aitam, Kg Kendal Kampot Kemboja


Selain itu, ada juga hampir 600kg sumbangan pakaian terpakai (yg di bawa oleh peserta 4x4) dah pindah ke tempatnya untuk pengagihan kelak. Juga ada buat program teambuilding yang 1st time di sini untuk 30 para daei/pendakwah (depa kekok gak sebab dlm hidup 1st time attend bengkel motivasi nih), Alhamdulillah. Tak lupa juga sahabat arkitek meninjau & membuat perancangan untuk madrasah DMK yg baru tahun depan. InsyaAllah.

AGIHAN QURBAN
Ibadah Qurban & Aqiqah (110 lembu & 10 kambing) telah dilakukan di 3 wilayah (Kampot, Kg Som, KohKong) , 52 kampung muslim, untuk hampir 4000 keluarga muslim di Kemboja pada Raya Haji 1 & 2.Alhamdulillah

LAPORAN PERLAKSANAAN QURBAN/ AQIQAH NOV 2011
Kepada semua peserta & sahabat yang menyertai Qurban/Aqiqah DMK ini, sila rujuk di link bawah untuk laporan lengkap perlaksanaan Qurban tersebut.
http://www.scribd.com/fullscreen/74085453?access_key=key-2kwm3ddznqqpg7lhf42r

(jika link di atas tak dapat, sila email saya dan saya akan emailkan failnya).
InsyaAllah laporan beserta gambar akan disiapkan dalam hujung Disember 2011 atau Januari 2012 nanti.

untuk pengalaman perjalanan Kembara Kemboja 4x4 dan pergerakan dari Malaysia ke Kemboja, sila ke blog sahabat saya http://khirariffin.blogspot.com/.

membaca doa utk menenangkan lembu sebelum di sembelih
InsyaAllah lembu akan rileks dan seperti bersedia utk
diqurbankan kerana Allah.

jalan ke Kg Mlek Kol dan Mak Prang di Kampot Kemboja
amat mencabar dan agak jauh pedalaman

sahabat peserta DMK banyak membantu melancarkan
perjalanan & operasi Qurban ini Alhamdulillah

dari KohKong (border Kemboja/Thailand) ke Kampot
dlm 4-5 jam. Segala jenis jalan ada. Licin, jerawat, jerawat
batu, mcm volcano pun ada

Program TEAMBUILDING anjuran sahabat peserta
(Khir Ariffin), dari New Media Consultancy
untuk 30 para pendakwah dari Kampot & Kg Som 


Monday, November 28, 2011

DANA MADRASAH KEMBOJA / Cambodia (DMK)







SIAPA KAMI
Dana Madrasah Kemboja (DMK) adalah usaha kecil kami untuk membantu beberapa madrasah daif terpilih di Kemboja untuk meneruskan pembelajaran serta memperbaiki/memperkemaskan sistem pendidikan madrasah tradisional ini. 


Dana ini diterajui oleh saya sendiri sejak 2010 dan dibantu oleh Ustaz Sulaiman @ Saan Layman di Kemboja. Bantuan adalah dari kami serta rakan di Malaysia buat masa ini. 
saya (kanan sekali) bersama rakan dan krew Majalah 3 
(TV3) untuk coverage DMK ini.
Alhamdulillah. Pihak MAJALAH3
 sudi tayangkan pada 9 Julai baru ni.



APA YANG BERLAKU DI MADRASAH KEMBOJA?
  • Muslim di Kemboja ialah kumpulan minoriti (dlm 7% dari populasi penduduk Kemboja).
  • Institusi madrasah amat penting dalam memberi pendidikan asas Islam dan bantu kekalkan aqidah Islam
  • Pendidikan di madrasah adalah PERCUMA dan bayaran adalah ikhlas. 
  • Tetapi kebanyakan pelajar dan keluarga dari golongan yang daif, maka kebanyakan guru hampir tiada gaji setiap bulan. 
  • Guru-guru ini  terus ikhlas mengajar siang & malam, walaupun mereka sendiri daif dan kadangkala terpaksa "tuang" kelas kerana keluar mencari rezeki di laut atau ke kebun/hutan untuk sesuap nasi untuk mereka dan keluarga mereka.  
  • Ini menyebabkan ada madrasah yang tidak berfungsi sebaiknya 
Alhamdulillah, di MHI TV3 pada Nuzul Quran
(17 Ramadhan) baru ini. 

Oleh itu, kami melihat pentingnya ilmu asas agama ini, dan madrasah sebagai platform utama untuk kaum muslimin dan mensasarkan supaya dapat membantu guru-guru ini komited mendidik pelajar-pelajar madrasah menjadi mukmin profesional yang berjaya kelak, InsyaALlah. 

bersama guru madrasah tajaan kami di Madrasah Darul
Quran Perai Tenor Tom di Kampot kemboja. Jumlah pelajar
dalam 300 orang di sini

OBJEKTIF KAMI  :
1.       Membantu membiayai dan mewujudkan sistem pendidikan & institusi madrasah TERANCANG & BERSEPADU di Kemboja supaya mengeluarkan PROFESSIONAL MU'MIN yang membantu pembangunan umat dengan kekuatan ilmu, iman & amal.

2.       Institusi madrasah ini BERDIKARI dan tidak hanya bergantung kepada bantuan luar.

 "Perumpamaan (nafkah yang di keluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah. Adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siap yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui" Al-Baqarah, ayat 261.

Mereka amat dhaif terutama ilmu, minda dan 
perkara asas lain. Saudara Islam ini 
perlu bantuan untuk kita beri
"pancing, kail, bot, ilmu" dan bukan sahaja "ikan".


SASARAN
FASA 1 – Membayar gaji/upah guru madrasah yg terpilih.
FASA 2 – Memperbaiki, mengintegrasi dan merombak sistem pendidikan madrasah supaya dapat mencapai objektifnya.
FASA 3 – mengaplikasi sistem dan tajaan ini ke madrasah lain yang memerlukan.

AKTIVITI EKONOMI
Ia membantu madrasah berdikari terutama dari segi kewangan dan tidak hanya mengharapkan bantuan luar. Ia juga membantu mewujudkan pekerjaan, upah, kemahiran dan pendapatan untuk DMK.
  •  Projek Aqiqah & Qurban DMK (sila klik untuk info lanjut)Projek ini sudah bermula. Kos ialah RM210/bghn lembu atau RM495/ekor kambing untuk Aqiqah atau Qurban. 

  •  TRIP BAJET KEKAWAN (klik untuk info). Sebahagian keuntungan dari TRIP KEKAWAN (seperti Trip Kemboja, Trip Eropah Muslim, Trip Umrah, Trip New Zealand Motorhome) akan disalurkan  ke DMK. 
  • MENJAHIT TELEKUNG & TUDUNG oleh muslimah di daerah Kampot. (klik untuk info)
  • TAJAAN/WAQAF Quran Terjemahan Kemboja
  • Tajaan Madrasah DMK 2012 
  • PROJEK BELA LEMBU (Klik untuk info lanjut)
    di Kg Sembroung. bersama Ustaz Ismail yg juga mendapat
    tajaan kami. Beliau mengajar asas Quran & fardhu ain
    untuk 100-150 pelajar di sini.

    SIAPA YANG MENERIMA?
    Buat masa ini, 6 MADRASAH daif terpilih dari kawasan Kampot menerimanya. Madrasah tersebut ialah :

    • ·         Madrasah Trei Koh
    • ·         Madrasah Sembrau
    • ·         Madrasah Troppriang Pring
    • ·         Madrasah Perai Tenor Tom
    • ·         Madrasah Perai Tenor
    • ·         Madrasah Prai Temai
    Madrasah TreiKoh. 2 org guru madrasah ini
    juga mendapat tajaan kami Alhamdulillah. Ada dlm
    70 pelajar di sini.


    Mereka semua tidak menerima apa-apa gaji/habuan sebelum ini. Ada yg mengajar dah lebih 15-20 tahun pagi petang dengan begitu gigih. Tetapi kesempitan hidup dan tanpa makanan di rumah untuk mereka dan keluarga mereka boleh membantutkan komitmen kepada kelas kerana terpaksa keluar mencari rezeki.

    KENAPA KEMBOJA?
    Soalan favourite. Berbanding Malaysia, yang mempunyai banyak saluran dan jabatan untuk membantu mereka yang daif dan miskin, di sini mereka tiada saluran kecuali doa kepada Allah. Kegigihan mereka untuk terus hidup dan mengekalkan aqidah inilah yang paling penting.


    Lagipun, nilai bantuan di sini amat berharga walaupun amaunnya tidak berapa besar jika di bandingkan di Malaysia. (Contoh : Gaji guru madrasah di Kemboja RM150-300 sebulan, di Malaysia kurang-kurang RM700-900 sebulan seorang). Mereka amat appreciate bantuan walaupun pada kita nampak tak banyak mana.
    Madrasah Perai Tenor. Ustaz Shukri juga mendapat
    tajaan kami. Lebih 100 pelajar di sini. 

    Madrasah Priang Pring.Ustaz Kassim yg mengajar dlm
    70 pelajar juga mendapat tajaan kami, Alhamdulillah.

      BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
      • Bantu War-warkan DMK (Dana Madrasah Kemboja) kepada rakan/sahabat/saudara lain
      • Jadi peserta QURBAN & AQIQAH DMK
      • Mengikut TRIP KEKAWAN terutama ke KEMBOJA untuk merasai, melihat dan menginsafi sendiri
      klik sini untuk maklumat lanjut





      PERLU MAKLUMAT LANJUT?
      Sila hubungi saya di zikrifuad@yahoo.co.uk (Hj Zikri)









      Monday, August 22, 2011

      PROJEK "BERI PANCING & ILMU" DI KEMBOJA

      Alhamdulillah & Salam Ramadhan semua,
      Bengkel Menjahit Muslimah di Kampot. Muslimah di sini
      halus & cekap dalam seni halus ni. Sedang jahit telekung.

      Antara cabaran bantuan di sini ialah kita banyak beri "ikan" (macam Qurban, Aqiqah, Sumbangan Baju, Duit, Masjid, lain-lain) tetapi amat kurang bantuan long term "beri pancing & ilmu". Melihat kepada keperluan ini, dengan izin Allah kami dah mulakan selangkah demi selangkah, dan dijemput saudara pembaca untuk sama-sama menyertai jika mampu, InsyaAllah.

      • Projek Bela Lembu
      • Bengkel Menjahit Muslimah


      di Perai Tenor. Lembu Kemboja yg makan rumput asli &
      air sungai shj. Tiada dedak atau bahan tiruan diberikan.

      PROJEK BELA LEMBU

      BAGAIMANA?

      • Lembu yang agak kecil dibeli dari kampung pedalaman 
      • Diserahkan kepada keluarga miskin/faqir (yang telah dikenalpasti)
      • Mereka dapat upah dlm USD20/ekor (lembu diberi makan rumput asli & air sungai di situ)
      • Satu keluarga jaga 5-10 ekor selama 3-5 bulan. 
      • Apabila sampai saiz dikehendaki, dijual pada harga pasaran 
      • jual kepada pelanggan (DMK atau pembeli dari Vietnam). 
      • PROSES DI ATAS DIULANG kembali...


      saya (tengah) bersama guru tajaan DMK di Madrasah
      Prai Tenor. Ada 6 madrasah tajaan kami, alhamdulillah.

      MANFAAT

      • Ramai keluarga faqir miskin ada pekerjaan dan pendapatan (sebab mereka memang dah mahir bela lembu)
      • DMK dapat supply yang berterusan untuk Aqiqah/Qurban
      • Pendapatan projek dapat membantu kos bulanan madrasah-madrasah (gaji guru)
      BAGAIMANA SAYA BOLEH SERTAI/BANTU?
      • Sertai Qurban / Aqiqah DMK. klik sini utk borang online
      • Bantu war-warkan blog & info ini kepada kenalan lain.
      • Ikut serta ke Kemboja (dapat hayati InsyaAllah)

      PERLU INFO?

      INFO LAGI?
      email saya di zikrifuad@yahoo.co.uk






      Wednesday, August 17, 2011

      Kera di hutan di susukan?

      Salam semua,

      Alhamdulillah, banyak respons untuk membantu DMK ini. Tidak kurang juga pertanyaan seperti "kera dihutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan"?

      Sebenarnya kami ada aktiviti di Malaysia utk asnaf zakat, sila lihat blog kami http://infaqkasih.blogspot.com/.
      bersama anak yatim di Arau Perlis. Info
      di blog http://infaqkasih.blogspot.com/ 
      Cuma, ingin saya kongsi sedikit pengalaman terlibat secara sukarela dalam aktiviti macam ini, samada secara langung atau tidak langsung, kenapa ramai NGO/sukarelawan lebih gemar membantu di luar Malaysia dan bukan di dalam negara sendiri ialah

      • Sudah ada banyak pihak (seperti Jabatan Kebajikan /NGO) dan saluran bantuan di Malaysia untuk asnaf, faqir, miskin, daif, dll
      • Miskin di Malaysia takda la sampai 2-3 hari tak makan biasanya
      • Tahap miskin di Malaysia, biasanya di kira OK jika di tempat lain (mcm Kemboja, Somalia, Palestin, dll)
      • Nilai kecil RM / bantuan tapi besar impaknya di sana (contoh : RM150 bule jamu buka puasa 300 orang di Kemboja.. kat Malaysia bule?)
      • Nilai "appreciation" yang amat tinggi terhadap bantuan walaupun kecil. (Kat Malaysia, ada juga berlaku, dapat sepasang baju, dijawabnya "alahai, ini sahaja"..)
      • Ada juga yang susah/daif/miskin disebabkan sikap negatif (malas, alasan pelbagai, lain2 sebab). Ni la yang paling kami tak gemar... dan peratusan orang mcm ni semakin bertambah!!!
      • Kurangnya (atau tiada) PROMOSI / PR aktiviti oleh pihak membantu atau yg perlu dibantu, so ramai yang tidak tahu.. 

      http://infaqkasih.blogspot.com/ ni bersama keluarga daif, ibu
      tunggal susah dr Lembah Klang. Shopping raya di Mydin

      Saya harap mereka yang menyatakan "Kera di hutan di susukan?", mari lah terlibat secara langsung dalam kerja sukarela ini, dan insyaAllah anda akan lebih memahaminya. Sebab saya dulu pun (masa belum terlibat), berfikir macam tu juga.. he he.
      Sdr Zahir dgn sukarela sewaktu projek bantuan di Perlis
      (saya amik gambar, takda la dlm gambar..)he he

      Tulisan ini adalah pandangan peribadi saya, merujuk kepada sedikit pengalaman, tetapi saya yakin ramai mereka yang terlibat dalam kerja sukarela yang sewaktu dengan ini juga mungkin bersetuju dengan saya, wallahu alam.

      Ops... nak tahu lebih lanjut pasal DMK? KLik di sini ye. 

      Saturday, August 13, 2011

      Misi Ramadhan Kemboja 2011

      Alhamdulillah.

      Segala pujian untuk ALlah. Misi Ramadhan kami berjaya dan bebanyak terima kasih kepada semua penaja/penyumbang/pemberi zakat. Saudara Islam di Kemboja mengucapkan bebanyak terima kasih beserta lingangan air mata gembira & kesyukuran.
      Masjid Mlek Kol : faqir miskin menerima zakat (bernilai RM100-300)
      dalam bentuk wang tunai dan barang asas (gula+susu) dan telekung 

      Secara umumnya, kami mencapai sasaran awal dengan izin Allah dan kerjasama semua pihak. Hiba kami melihat mereka menyebut Alhamdulillah, "okun chra" (terima kasih banyak2) sambil mencium duit/sumbangan beserta senyuman dan linangan air mata kesyukuran.

      di Masjid Kg Kendal : serahan kpd asnaf zakat (guru, pelajar,
      faqir, miskin, anak yatim, mualaf)
      penduduk kampung bekerjasama dari sembelih, masak,
      sediakan juadah & mengemas

      sdr Khir bantu sampaikan bantuan kpd faqir/miskin

      di masjid Priang Tepoh. Hampir 400 penduduk datang meraikan
      aqiqah lembu dan untuk berbuka puasa

      Secara ringkas (terkini):

      TAJAAN TELEKUNG MUSLIMAH : 145 pasang. Di agihkan kepada muslimah yang memerlukan di 8-10 kampung Islam di daerah Kampot.

      BERBUKA PUASA : 109 kali dibahagikan kepada 33 kampung x 3-4 hari berbuka seluruh daerah Kampot. Kos asal RM300 jadi RM150 berkat doa semua dan usaha semua pihak. Alhamdulillah, maka yang taja 1 kali berbuka, dpt 2 kali berbuka.

      ZAKAT (RM30,690) : utk asnaf zakat iaitu 9 guru madrasah, 2 pelajar kejururawatan dari keluarga miskin, dlm 150 anak yatim dari 7-8 kampung, 250 faqir/miskin dari dlm 15 kampung. Serahan Zakat dlm bentuk wang tunai (RM50-300) dan gula+susu tertakluk kepada keperluan/keutamaan penerima.

      kaum ibu & wanita bersama berbuka (kira sekampung la)

      Alhamdulillah, RM150 cukup utk sekampung (dlm 150-300 orang).
      dapat utk 33 kampung x 3-4 hari/kampung

      berbuka dengan roti perancis (num pang) + kari ialah sesuatu yg
      amat "special" utk mereka. Itu sahaja menu berbuka
      tapi amat istimewa untuk mereka, alhamdulillah
      Susunan telekung yg siap dijahit untuk
      dibahagikan kpd yg memerlukan

      Telekung dijahit oleh muslimah di sana sebagai punca kerja
      dan pendapatan mereka.


      AQIQAH LEMBU (7 ekor) di 7 kampung (KAMPOT Province) :

      • Trei Koh (dlm 50-70 keluarga Muslim)- untuk : Muhd Marzuki (2), Muhd Norzaini (2), Muhd Haikal (2), Siti Nurliyana
      • Prai Tenor (dlm 70 keluarga Muslim) - untuk : Firman Edy(2), Roslina Burhan, Azri Baba (2), Muhd Azib Azri (2)
      • Priang Tepoh (dlm 100 keluarga Muslim)- untuk : Sri Rahyuni, Nur Syahirah, Fatin Natasya, Nadiah Nadirah, Norazita Manaf, Adirah Hanis, Jamilah Husin
      • Sembroung (dlm 60 keluarga Muslim) - nazar untuk : Suhat bte Hassan
      • Mlek Kol (dlm 50 keluarga Muslim) - untuk : Mohd Anis, Mohd Hafizad, Mohd Haiqal, Mazni, Suhana Majid, Nur Aneesa, Nur Ain Afrina
      • Kg Kendal (dlm 60 keluarga Muslim)
      • Kg Keh (dlm 70 keluarga Muslim) - untuk : Nik Iskandar, Nik Irdina, Nur Ain Syifa', Arief Daniel, Suzila Ahmad, Junayd Halim (2 bhgn)








      AQIQAH KAMBING (9 ekor) di 9 kampung :

      • Kg Krong (dlm 50 keluarga Muslim) - untuk: Fyzal Aiden Mohd Fahmi
      • Kg Kedap (dlm 60 keluarga Muslim) - untuk : Muhd Alif Izzudin Azhar
      • Kg Mak Prang utara & selatan (dlm 100 keluarga Muslim) - 2 ekor - untuk : Ilyas Ghazi
      • Kg Prek Sekai (dlm 50 keluarga Muslim) - untuk Faeyz Aaron Mohd Fahmi
      • Kg Priang Pring (dlm 50 keluarga Muslim) - untuk : Fudhail b.Mohd Faiq
      • Kg Prai Seruk (dlm 40 keluarga Muslim) - untuk : Rosita Mat
      • Kg Kendal (dlm 60 keluarga Muslim) - untuk : Fudhail b.Mohd Faiq
      • Kg Tuei (dlm 40 keluarga Muslim) - untuk : Amirul b. Mohd Raizan Zulkarnain



      Ribuan doa menemani semua penaja/penyumbang/pemberi zakat dari saudara Islam di sana. 

      Saya mengalu-alukan semua pembaca, jika ingin menyertai/membantu/menaja saudara Islam di sana, klik link di bawah :

      InsyaAllah, dalam masa terdekat, akan ada beberapa projek di sana untuk kemaslahatan ummah Islam di sana, so... stay tune..

      kebanyakan masjid di sini mcm ni. ambil wudhu di kolam besar


      Thursday, March 31, 2011

      SOALAN LAZIM (Qurban/Aqiqah)

      QURBAN


      APAKAH ITU IBADAH QURBAN?
      Definisi dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan seperti kambing,lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Adha atau pada hari-hari Tasyrik ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah Taala.


      BILA & BAGAIMANA MELAKSANAKAN QURBAN?
      Ibadah Qurban boleh di lakukan dengan menyembelih sendiri haiwan ternakan atau mewakilkannya kepada pihak lain. Waktu bagi melakukan ibadah ini hanya pada hari yang di khususkan oleh syara’ iaitu pada mana-mana diantara 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.


      APAKAH HUKUM IBADAH QURBAN?
      ‘Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berqurban untuk Tuhanmu)’(Al-Kausar : 2 )


      Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dituntut) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
      • Islam
      • Merdeka (Bukan hamba)
      • Baligh lagi berakal
      • Mampu untuk berqurban
      Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

      "Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Tirmizi).

      "Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)



      “Siapa yang mempunyai kelonggaran (harta), namun ia tidak melaksanakan qurban, maka janganlah ia mendekati masjidku” (HR. Ahmad, Ibnu Majah).

      Walaupun hukum berqurban itu sunat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Ini berdasarkan sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Rujuk: Fiqh al-Sunnah)


      APAKAH BINATANG YANG DIBENARKAN UNTUK IBADAH QURBAN?
      Unta, lembu, kambing, kerbau, kibas dan yang seumpama dengannya.


      BERAPA BILANGAN/BAHAGIAN BINATANG UNTUK QURBAN?
      Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahagian paling sedikit yang harus dilakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batas untuk bilangan paling banyak,  mengikut kemampuannya. Seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.

      BOLEHKAH SAYA WAKILKAN PELAKSANAAN IBADAH QURBAN?
      Hukumnya adalah harus.




      AQIQAH

      APAKAH IBADAH AQIQAH?
      Menyembelih haiwan pada hari ketujuh dan mencukur rambutnya (definisi menurut kitab Imam Ibnul Qayyim). Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)


      BILA AQIQAH DILAKUKAN?
      Boleh dilakukan dari bayi baru lahir sehingga akil baligh. Afdhal/utama ialah pada hari ke tujuh kelahiran bayi itu. Rasulullah bersabda “Semua anak bayi tergadai dengan aqiqah yang pada hari ketujuh disembelih haiwan, diberi nama dan dicukur rambutnya" (Hadits Riwayat Abu Dawud 2838, Tirmidzi 1552, Ibnu Majah 3165, Ahmad 5/7-8, 17-18, 22, Ad Darimi 2/81)


      APAKAH HUKUM AQIQAH?
      Hukumnya sunat mu'akad (dituntut).


      APAKAH NAS-NAS BERKENAAN AQIQAH?
      Rasulullah bersabda “Aqiqah dilaksanakan kerana kelahiran bayi, maka sembelihlah haiwan dan hilangkanlah semua gangguan darinya" (Riwayat Al-Bukhari )


      Rasulullah bersabda ” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)


      BERAPA BILANGAN/BAHAGIAN BINATANG UNTUK QURBAN?
      Untuk bayi lelaki, 2 ekor kambing. Untuk bayi perempuan, 1 ekor kambing. 
      Ini merujuk kepada riwayat daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).

      Tetapi masih sah jika bayi lelaki hanya seekor kambing. Ini merujuk kepada riwayat dari Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

      SAYA TELAH MELAKUKAN IBADAH AQIQAH UNTUK ANAK LELAKI SAYA DENGAN SEEKOR KAMBING. BOLEHKAH SAYA TAMBAH LAGI SEEKOR UNTUK CUKUPKAN 2 EKOR KAMBING?
      Boleh dan sah,

      BOLEHKAH SAYA LAKSANAKAN AQIQAH UNTUK CUCU/SAUDARA KERANA IBU BAPANYA KURANG BERKEMAMPUAN SEWAKTU ITU?
      Boleh dan sah,

      BOLEHKAH SAYA MELAKUKAN AQIQAH UNTUK DIRI SAYA SENDIRI (TELAH AKIL BALIGH) KERANA DULU IBU BAPA BELUM MELAKUKANNYA UNTUK SAYA?
      Boleh dan hukumnya harus.