Sunday, October 9, 2016

LAPORAN PROGRAM QURBAN DMK 2016


Alhamdulillah Program Qurban DMK (Dana Madrasah Kemboja) 2016 telah dapat dijalankan dengan baik dan lancar dengan izin Allah dan doa semua.

Sebanyak 37 ekor lembu dan 12 ekor kambing (Qurban & Aqiqah) yang telah di lakukan di beberapa lokasi dan telah di agihkan kepada beberapa kampung muslim di wilayah Kampot (selatan Kemboja) ini. 

Wakil kami beserta sukarelawan juga telah sama-sama membuat beberapa ziarah serta aktiviti gotong royong mengecat prasekolah Islam kami bertempat di Kg Prai Tenong dengan bantuan penduduk tempatan serta pemuda pemudi muslim tempatan.

Moga usaha ini diterima Allah sebagai pelaburan yang baik dan diredhaiNya insyaALlah.

Sila klik di link DI BAWAH untuk laporan penuh Program Qurban Aqiqah DMK 2016. 



Thursday, August 4, 2016

PROGRAM QURBAN KEMBOJA 2016


Alhamdulillah PROGRAM QURBAN & AQIQAH di Kemboja di buka kembali. InsyaAllah sama-sama menyertai dan memberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.  Tarikh tutup daftar dan bayaran ialah 1 SEPT 2016.

CARA 1 : UNTUK DAFTAR (melalui EMAIL)

  1. Download Borang Pendaftaran (klik di sini)
  2. Isikan, buat bayaran dan kembalikan seperti arahan di Borang.


CARA 2 : UNTUK DAFTAR (melalui WHATSAPP)

  1. WhatsApp Nama Pendaftar, Nama-nama Peserta, Alamat, No tel, Email, Brapa bahagian lembu, Qurban atauAqiqah ke 011-2082 8570.