Wednesday, August 12, 2015

QURBAN & AQIQAH DMK 2015


Alhamdulillah Program Qurban & Aqiqah DMK di Kemboja 2015 di buka sehingga 15 Sept 2015.
Sila daftar & buat bayaran sebelum 15 SEPT 2015 insyaAllah.








Kami mengalu-alukan semua pihak menyertai dan berkongsi info ini insyaAllah. Ia penting kerana program ini antara aktiviti yang membantu kelangsungan serta perkembangan madrasah-madrasah serta aktiviti pendidikan dan dakwah DMK di Kemboja insyaAllah.

  • RM330/bahagian lembu
  • RM650/ekor kambing


DAFTAR ONLINE
Sila daftar di sini (klik sini). Sila ikut arahan pendaftaran tertera di borang.
(jika tak dapat download borang, sila emailkan ke danamadrasahkemboja@yahoo.com)

atau hubungi kami di 017-8817558

INGIN BERSAMA KE KEMBOJA?
Jika ingin turut serta bersama dalam trip ini untuk ke Kemboja; juga di alu-alukan. Trip pada 23-27 SEPT 2015, kos ground ialah USD220/orang (makan minum halal, penginapan, pengangkutan, aktiviti madrasah). Sila emailkan ke danamadrasahkemboja@yahoo.com dan berikan nama penuh, alamat, no tel anda untuk daftar trip, insyaAllah, atau hubungi kami di 017-8817558.

Untuk bersama ke Kemboja dalam program ini, sila

  1. Daftar nama (seperti di atas)
  2. Beli ticket flight (AirAsia, 23 Sept pagi ke Phnom Penh, balik 27 Sept petang ke KL). 
  3. Update kami. Update trip akan diberikan dari masa ke masa.
  4. Jumpa di KLIA2 pada subuh 23 Sept. Duit ground USD220/org serah tunai pd kami di airport.


PROGRAM QURBAN TAHUN SEBELUMNYA
Sila lihat di blog kami untuk semua aktiviti madrasah, ziarah dan lain-lain.
Untuk program Qurban tahun sebelumnya, sila klik di link masing-masing



Moga aktiviti ini diberikan terbaik oleh Allah Taala dan mendapat redhaNya, insyaALlah.


Tuesday, July 7, 2015

LAPORAN ZIARAH RAMADHAN KEMBOJA 2015

ALHAMDULILLAH ZIARAH RAMADHAN KEMBOJA BERJAYA dengan izin Allah Taala. Terima kasih semua penyumbang, penaja dan sahabat2 yg secara langsung & tidak langsung menjayakannya. 

Kali ini, kami dapat kerjasama dan support dari Tripkekawan, Alumni MHS (Malacca High School) 70s, PEKA (Pertubuhan Kembara Amal), Alhamdulillah. 
  • Tajaan Iftar Ramadhan RM19,523 (dapat dimanfaat kpd 33 masjid, untuk 70-150 orang setiap masjid yg sama2 meraikan berbuka di masjid). Sila KLIK SINI untuk senarai penaja & transaksi tajaan ini. 
  • Tajaan 200kg tamar berkualiti tinggi oleh sahabat kami (nama minta dirahsiakan).
  • Zakat serahan kpd 400 org asnaf. (Setiap pek : tunai 20,000riel + 5kg beras + minyak masak + 1kg gula) di lebih 6 kampung muslim.
  • Sumbangan kpd anak2 yatim dr ahli MHS Alumni (Malacca High School 70s Alumni) di Madrasah & Darul Aitam Kampot 
  • Aktiviti kanak2 di 3 kampung muslim (aktiviti mewarna, ziarah mahabbah madrasah, hadiah alatulis) 
  • Perjumpaan & latihan guru2 madrasah tajaan DMK dan serahan gaji bulanan
  • Sessi sharing & team building dengan remaja muslim.
  • Aqiqah 2 ekor kambing untuk anak2 sdr Ahmad Suffian.
  • Sumbangan berbuka dengan 2 ekor lembu (tajaan Alumni MHS)
sessi team building bersama remaja muslim

Aktiviti kanak2 mewarna di Kg Sembroung


Serahan zakat kpd asnaf di masjid Kg Kendal


Berbuka Puasa di Kg PraiTenong Kampot

Sukarelawan bersama membantu unload 200kg tamar

Program mewarna anak2 di Madrasah Kg kendal

Berposing di pra sekolah baru kami di Kg Pomcham



Aktiviti berbuka di Kg Kendal

Kg Mlek Kol


Aqiqah kambing

Tuesday, June 16, 2015

PROGRAM TAJAAN BERBUKA PUASA RAMADHAN

Alhamdulillah Ramadhan kembali lagi. Satu bulan untuk kita mengambil peluang melipat ganda kan kebaikan dan mengejar redha Allah dengan kadar bonus insyaAllah.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami insyaAllah akan ke Kemboja pada 26 Jun - 2 Julai 2015 untuk program Ramadhan bersama madrasah-madrasah kami dan juga penduduk muslim di wilayah Kampot. Secara umumnya, ada 55 kampung muslim yang berkapasiti sekitar 4500-5500 keluarga muslim di sini.

Mari kita sama-sama kejar peluang keemasan ini. Jom insyaAllah.


Tuesday, February 17, 2015

AKADEMI DMK insyaAllah.




Alhamdulillah setelah 6 tahun DMK berada di bumi Kemboja, insyaAllah kami akan melangkah setapak maju dengan izin Allah dan berkat support serta doa semua. 

InsyaAllah dalam 2015 ini, DMK akan memulakan AKADEMI DMK di mana ia melengkapkan EKOSISTEM pendidikan dari pra sekolah sehingga menjadi "agen perubah" (usahawan/daei/guru dan lain2 profession) dan menyumbang kembali pada masyarakat & persekitarannya.
PRA SEKOLAH MONTESSORI ISLAM 
(umur 3-5 thn)


MADRASAH DMK
(umur 6-11 thn)


Pendidikan Fardhu Ain, Quran, Hadis, Sirah, Arab, Kemahiran Hidup, Akhlak & khidmat ummah ditekankan. 65% praktikal & luar kelas, 35% kelas


KOLEJ DMK
(12-16 thn)

Pendidikan lebih mendalam ilmu Quran, Hadis, Akhlak, Bahasa (Inggeris & Arab), Kemahiran Hidup, Pendakwah dan perniagaan. 70% praktikal & project based, 30% kelas



INSTITUT AKADEMI DMK
(17-19 thn)

hanya 20 terbaik terpilih. remaja muslim 17-25 tahun. 
6 bulan pertama intensif latihan & on job training pembantu guru di pra sekolah & madrasah DMK.
6 bulan kedua guru latihan di pra sekolah/madrasah DMK terpilih.

SERAP MENJADI PENGAJAR & PENDAKWAH(20 thn)
Lulus (peperiksaan bertulis & progress performance) diserap menjadi pendakwah & peniaga/pengusaha dalam madrasah2/pra sekolah/kolej DMK dan mengurus/membuka projek2 perniagaan/pertanian/penternakan oleh Kolej DMK untuk membantu mengembangkan ekonomi dan keuntungan projek2 untuk menampung kos perjalanan AKADEMI DMK 
bergantung kepada kekuatan masing2


Konsep madrasah adalah "University of Life" dan "kemahiran hidup & bermuamalat" untuk mendapat redha Allah dan memberi impak positif kepada masyarakat; di mana lebih 70% adalah praktikal/pengalaman dan selainnya teori, kelas. Berniaga untuk berinfaq & kejar redha Allah menjadi antara asas untuk kemahiran hidupnya insyaAllah.

Sistem ini mengambil kira konteks persekitaran tempatan yg cabarannya jauh berbeza dari di Malaysia. Ia juga adalah hasil kerjasama DMK dengan Nuh's Ark Islamic Montessori School (shah Alam) dan Peka - Pertubuhan Kembara Amal. Robbi Yassir.

Diskusi & Latihan Ringkas Guru2 tajaan DMK

pelajar di pra sekolah Montessori Islamic
DMK (Prai Tenong)

sebahagian dari guru & bakal guru2 pra sekolah DMK

sdr Khir (Pembangunan Insan DMK) bersama
guru & pelajar di Madrasah DMK Kg Triek