SEBELUM QURBAN
- Alhamdulillah kami dapat kumpulkan hampir kesemua ketua kampung & imam di wilayah Kampot & Kep (41 kampung muslim) supaya koordinasi program qurban
- Ia juga membantu pengagihan lebih adil & efisien kepada semua
Sukarelawan kami sblm memulakan "tugas".. amik gambar dulu |
baca doa penenang lembu sebelum qurban. Alhamdulillah |
INFO
- 206 ekor lembu
- di 6 wilayah (Kampot, Koh Kong, Kg Som, Kep, Takeo, Phnom Penh)
- utk lebih 60 kampung muslim, utk hampir 7000 keluarga muslim daif/faqir/miskin
- 9 pusat sembelihan kami centralisedkan dan kemudian diambil & bawa balik oleh wakil kampung2 seperti dah ditetapkan dalam mesyuarat.
- Kami beserta sukarelawan 25 orang dari Malaysia serta team Guru & Daei kami di Kemboja bersama-sama di bantu orang kampung membantu perjalanannya dengan izin Allah
- 9 motorsikal dan 5 kenderaan 4x4 sukarelawan DMK dari Malaysia ke sini untuk sama membantu
- 9 bilah pisau sembelih lembu di gunakan (6 khas dr New Zealand dan 3 dr Malaysia)
- Setiap sembelihan qurban, pisau akan dibasuh
- setiap 5-6 ekor sembelihan, pisau lain akan digunakan. Pisau sebelum itu akan diproses untuk asah supaya betul-betul amat tajam.
- 4 orang penyembelih berpengalaman dari Malaysia membantu
Kami di DMK menyampaikan juga doa & ucapan ribuan terima kasih kpd semua peserta, penyumbang, penaja, sukarelawan dan supporters DMK yang banyak membantu saudara Muslim di Kemboja terutama dalam program pendidikan. Moga ia diredhai ALlah dan menjadi pelaburan baik di kubur nanti. InsyaAllah.
Untuk info terbaru & gambar-gambar , sila lawati FB page kami ye. https://www.facebook.com/DanaMadrasahKemboja
ni jalan utama antara bandar Kampot ke Kep |
4x4 memang perlu untuk masuk ke kampung yang jalannya agak teruk dan terpencil |
LAPORAN QURBAN/ AQIQAH
InsyaAllah akan diproses pada Disember atau Januari 2013 nanti.
Kg Stengkiauo. Serahan DERMA KILAT beras kpd 200 penerima faqir miskin di sini |
sukarelawan gilir-gilir serahkan bantuan berupa 5kg beras & tin makanan tajaan sahabat semua |
sempat lg bergambor.. alhamdulillah semua sukarelawan komited membantu |
ada masa silap bajet.. masuk paya.. he he. |
lepas solat AidilAdha di madrasah Kg Kendal Kampot |
fuih.. ni masa sembelih darah lembu tu memancut kuat. MasyaAllah |
di Masjid Phnom Penh Km 9 |
Sembelihan di Kg Kedap Kampot utk beberapa kampung lain di sekitarnya |
Bila laporan Qurban/Akikah 2012 akan keluar?
ReplyDeleteSalam. Tq utk msg. Semua peserta jangka akan dapat sijil by bulan ni. InsyaALlah. Wassalam
DeleteAssalamualaikum, inshAllah saya dan suami akan ke kemboja pada hujung bulan 5. Kami berniat untuk menyampaikan sedikit sumbangan sendiri dan mengadakan lawatan perkampungan muslim di sana. Boleh saya mohon cadangan siapa dan bagaimana boleh saya hubungi apabila di sana. Harapnya dapat memanfaatkan perjalanan kami disana walaupun sekejap.
ReplyDeleteadyaniahmad2609atyahoo.com
boleh hubungi wakil kami di Kemboja (Ustaz Sulayman 00855 16638 010, no hp Kemboja)
Delete