Saturday, November 10, 2012

ALHAMDULILLAH Urusan Qurban 2012 dah selesai

Alhamdulillah semua amanah Qurban di Kemboja dah dapat di selesaikan

SEBELUM QURBAN
  • Alhamdulillah kami dapat kumpulkan hampir kesemua ketua kampung & imam di wilayah Kampot & Kep (41 kampung muslim) supaya koordinasi program qurban
  • Ia juga membantu pengagihan lebih adil & efisien kepada semua
Sukarelawan kami sblm memulakan "tugas".. amik gambar dulu

baca doa penenang lembu sebelum qurban. Alhamdulillah

INFO
  • 206 ekor lembu
  • di 6 wilayah (Kampot, Koh Kong, Kg Som, Kep, Takeo, Phnom Penh)
  • utk lebih 60 kampung muslim, utk hampir 7000 keluarga muslim daif/faqir/miskin
  • 9 pusat sembelihan kami centralisedkan dan kemudian diambil & bawa balik oleh wakil kampung2 seperti dah ditetapkan dalam mesyuarat.
  • Kami beserta sukarelawan 25 orang dari Malaysia serta team Guru & Daei kami di Kemboja bersama-sama di bantu orang kampung membantu perjalanannya dengan izin Allah
  • 9 motorsikal dan 5 kenderaan 4x4 sukarelawan DMK dari Malaysia ke sini untuk sama membantu
  • 9 bilah pisau sembelih lembu di gunakan (6 khas dr New Zealand dan 3 dr Malaysia)
  • Setiap sembelihan qurban, pisau akan dibasuh
  • setiap 5-6 ekor sembelihan, pisau lain akan digunakan. Pisau sebelum itu akan diproses untuk asah supaya betul-betul amat tajam.
  • 4 orang penyembelih berpengalaman dari Malaysia membantu

 Kami di DMK menyampaikan juga doa & ucapan ribuan terima kasih kpd semua peserta, penyumbang, penaja, sukarelawan dan supporters DMK yang banyak membantu saudara Muslim di Kemboja terutama dalam program pendidikan. Moga ia diredhai ALlah dan menjadi pelaburan baik di kubur nanti. InsyaAllah.

Untuk info terbaru & gambar-gambar , sila lawati FB page kami ye. https://www.facebook.com/DanaMadrasahKemboja

ni jalan utama antara bandar Kampot ke Kep

4x4 memang perlu untuk masuk ke kampung
yang jalannya agak teruk dan terpencil

LAPORAN QURBAN/ AQIQAH
InsyaAllah akan diproses pada Disember atau Januari 2013 nanti.

Kg Stengkiauo. Serahan DERMA KILAT beras kpd
200 penerima faqir miskin di sini

sukarelawan gilir-gilir serahkan bantuan
berupa 5kg beras & tin makanan tajaan sahabat semua

sempat lg bergambor.. alhamdulillah
semua sukarelawan komited membantu

 
ada masa silap bajet.. masuk paya.. he he.

lepas solat AidilAdha di madrasah Kg Kendal Kampot

fuih.. ni masa sembelih darah lembu tu
memancut kuat. MasyaAllah

di Masjid Phnom Penh Km 9

Sembelihan di Kg Kedap Kampot utk
beberapa kampung lain di sekitarnya

Wednesday, September 26, 2012

Trip 22-26 Sept update

Alhamdulillah, trip 22-26 Sept telah mencapai beberapa objektif
  • Mula buka Tadika Islam (pertama kali di Kampot.. kira sejarah juga la Alhamdulillah)
  • Meninjau & 2nd interview utk guru tadika & daei/pendakwah muda (18-25 thn)
  • Melatih guru terpilih untuk tadika Islam kami (berasaskan sistem montessori)
  • Memantau madrasah & serahan gaji bulanan guru-guru tajaan DMK
  • Memantau dan bantu uruskan lembu utk program Qurban DMK 2012
  • Membantu koordinasi untuk team 4x4 & Motorsikal Kembara DMK Qurban 2012
  • Aktiviti ilmiah kanak-kanak
  • Serahan bantuan kpd asnaf zakat
  • Projek Sekasih Madu Acacia dgn kerjasama sahabat (Daniel Bero) yg juga penternak & pengusaha madu acacia di Malaysia

Moga usaha ini diredhai Allah. InsyaAllah

ke kampung & pedalaman untuk proses
pemantauan & interview utk memastikan penerima
bantuan kami memang orang yg betul2 layak &
memerlukan InsyaAllah

aktiviti anak2 melukis di Kg MakPrang Timur

oleh kerana tempat agak sempit, mana yg ada ruang
di gunakan sebaiknya

Alhamdulillah. Antara hadiah sumbangan dr
sahabat2 di Malaysia untuk program kami

siap bawa adik bersama utk aktiviti kerana
mak ayah ke sawah/hutan

di madrasah MakPrang Tebong, antara
madrasah yg dapat tajaan kami



Kg Mlek Kol. Khusyuk nya anak2
ni melukis.

Sdr Daniel (baju biru) memberi madu acacia
kpd salah sorg guru2 tajaan kami sbg penghargaan

sahabat2 yg ikut ziarah buat collection utk bantu
sumbangan telekung baru yg akan dijahit
oleh muslimah di sini

interview antara calon yg telah melepasi 1st
interview bulan lepas.

berbincang dgn bakal guru2 tadika

antara rumah2 calon daei kami yg berpotensi
tinggi dan komitmen yg baik

rumah guru tadika kami, anak yatim dan rumah ini
dibuat bergotong royong oleh org kampung
dgn kosnya juga share2. Alhamdulillah

masuk kampung, sawah & selut
jalan becak sbb skrg musim hujan

pemandangan indah & udara nyaman.
orang Kemboja lemah lembut & sgt hormati tamu

antara daei yg di temuramah bersama keluarga

best plak main air.. he he

Wednesday, August 8, 2012

Pengalaman Peserta & Kekawan yg HIJRAH selepas ziarah Kemboja


Alhamdulillah, sempena Ramadhan Al Mubarak ni, nak share gak la antara faktor motivasi saya ke sini ialah melihat sahabat, kekawan dan peserta/sukarelawan BERHIJRAH kepada yg lebih baik.

"Dulu saya belikan anak-anak pakaian branded dan mahal-mahal, tapi lepas dah datang dan ziarah sini, rasa bersalah plak kalau bazir macam tu. Alhamdulillah dah ajar anak-anak dan keluarga lebih berjimat kerana sebelum ni tak perasan pembaziran tu."  
sdr Azraei (Sg Buloh)

" Saya mula-mula nak datang sini ni pun cek juga, takut scam dan tak betul. Tapi bila dah datang ke sini dan merasai sendiri pengalaman bersama muslim sini, InsyaAllah selagi ada kudrat dan nyawa serta harta yang dikurnia Allah, akan terus komited membantu" 
sdr Jasmi (Shah Alam)

"Alhamdulillah Tn Hj. Trip Kemboja ni memang membuka mata saya. InsyaAllah, saya akan usaha mana yang saya termampu membantu" 
sdr NorAzha (Ireland)

"InsyaAllah saya akan bantu dlm pendidikan pra sekolah dan anak-anak dalam pendidikan islamiyah. Saya dan grup tadika kami akan sama-sama membantu. Rasa terharu dan sebak juga bila program anak-anak tadi" 
sdr Anuar (Johor)

Moga HIJRAH kita ni diredhai Allah dan istiqamah InsyaAllah.
Segala pujian untuk Allah.

Nota : kata-kata di atas adalah lebih kurang maksudnya sewaktu kita SHARING.. bukan lah sama 100% sebab tak rekod. Wallahu alam.

Tuesday, August 7, 2012

PROGRAM SUKARELAWAN "CONFIRM UNTUNG" DMK DI MALAYSIA


Sempena Ramadhan ni dan atas permintaan serta idea beberapa sahabat, DMK ingin offer sesapa yang nak jadi SUKARELAWAN (dlm bahasa omputeh depa sebut "Volunteer") amatlah di alu-alukan.

SUKARELAWAN DMK
  • Muslim/muslimah 12 tahun ke atas
  • sedia untuk menyumbang masa/idea/tenaga/material untuk program DMK
  • platform sebagai pelaburan "confirm untung" di kubur & akhirat kelak InsyaAllah
  • menimba ilmu & pengalaman berharga sukarelawan bersama DMK membantu saudara Muslim dhaif di Kemboja
  • menerima latihan sukarelawan

BERMINAT?
  • Pendaftaran sukarelawan ni PERCUMA.
  • Hantarkan info ini (NAMA, NO KP, ALAMAT, EMAIL, FACEBOOK jika ada, NO TELEFON, PEKERJAAN/ PROFESSION) ke zikrifuad@yahoo.co.uk


TAKLIMAT SUKARELAWAN
Yang dah daftar, akan ada taklimat pada awal Sept nanti InsyaAllah. Kami akan maklumkan melalui email/sms.


TARIKH TUTUP
Tawaran ni buka sehingga 31 Ogos 2012


Tuesday, July 24, 2012

PROGRAM BUKA PUASA (IFTAR) DI KEMBOJA sempena Ramadhan Al Mubarak


Alhamdulillah, program & trip RAMADHAN kami pd 28 Julai - 2 Ogos 2012 mendapat sambutan amat menggalakkan. Segala pujian untuk ALlah dan bebanyak terima kasih kepada semua sahabat, penaja, penyumbang DMK samada untuk Ramadhan ini atau yang telah banyak membantu selama ini. 

Kg Perai Tenong

bersama guru2 madrasah tajaan DMK

KgKeh wudhu

serahan zakat amanah sahabat2 di Masjid Kg Keh

naik bot ke Kg Duntao, Teri Koh


untuk gambar2 lain, insyaAllah bule tengok di FB kami. www.facebook.com/DanaMadrasahKemboja

Secara umum
  • tajaan buka puasa dapat dan telah & sedang di agihkan untuk sekitar 50 masjid x 4 hari di 4 wilayah/negeri (Kampot, KohKong, Kg Soam, Kep). 50 masjid merangkumi hampir 45 kampung muslim dan sekitar 5000 keluarga muslim. 
  • Purata kos berbuka setiap masjid sekitar USD50-100, tertakluk kepada populasi & saiz kampung. Purata dalam 120-200 orang berbuka di masjid semasa program iftar ini. 
  • USD3138 duit zakat sedang dan akan di agih kepada hampir 188 faqir/miskin di sekitar kampung di Kampot. Agihan dalam bentuk wang tunai, beras, gula dan susu. 
  • 170+ kg tamar/kurma yang akan di agih kpd hampir 36 masjid di wilayah Kampot & Kep untuk berbuka puasa. Tamar kebanyakan dari jenis Mariami AA hasil sumbangan/tajaan semua.
  • Tajaan RM1000 (dari TM Perak) dan penaja lain untuk alatulis, buku aktiviti dapat digunakan & diberi kepada hampir 400 kanak-kanak di 4 kampung (Duntao, Mlek Kol, Mak Prang, Mak Prang Tebong)
video anak2 di madrasah2 tajaan kami


Kg Duntao - Program mewarna kanak-kanak

begitu khusyuk & tekun. 1st time. 

takda meja, atas basikal pun jadik la

atas simen pun boleh la..

Trei Koh/Duntao : program Hafazan kanak-kanak

kanak-kanak & lukisannya

Duntao - tazkirah selepas maghrib

Madrasah Darul Aitam Kg Kendal
aqiqah seekor kambing 

Kg Kendal kampot. 

Madrasah MakPrang Tebong.
Aktiviti anak-anak (warna)

Kg MakPrang - finalis mewarna

Kg Triek - kelas agama yg menumpang
di sekolah kerajaan kebangsaan

buka puasa di Kg Mak Prang

NAK IKUT?

InsyaAllah kami akan ke sini lagi pada AidilAdha nanti 24-28 Oktober 2012 (RM650/orang kos ground - penginapan, makan minum, transport, guide). Info lanjut di http://umrahtransformasi.blogspot.com/.

Jika nak ikut, boleh hubungi saya di zikrifuad@yahoo.co.uk