Monday, February 13, 2012

PENCAPAIAN DMK SETAKAT INI

sukarelawan Telekom Malaysia di kedutaan Malaysia di Phnom Penh

Alhamdulillah,

Baru pulang minggu lepas bersama 24 sukarelawan dari Telekom Malaysia Perak (BAKIT - Badan Kebajikan  Islam Telekom) dan sahabat lain. Antara aktiviti ialah penyerahan 150 naskah Al Quran terjemahan Kemboja (pertama kali dalam sejarah umat Islam di sini), penyerahan zakat & sumbangan, sembelihan lembu serta kenduri, pembinaan perigi pam, mesyuarat bersama guru madrasah & daei (pendakwah) serta aktiviti lain.

PENCAPAIAN YANG DAH MULA & TERCAPAI (Alhamdulillah)

  • Pembiayaan Gaji Guru di 6 Madrasah terpilih setiap bulan (bermula Jun 2011)
  • Program pembinaan insan & motivasi untuk para guru madrasah & pendakwah sekitar wilayah Kampot, Kg Som, KohKong (program bina insan setiap 3 bulan)
  • Projek Bela Lembu (dah bermula secara berfasa)
  • Program Aqiqah & Qurban DMK (klik sini utk info)
  • Serahan bantuan sumbangan/zakat/sedekah dlm bentuk tunai, barangan keperluan asas, telaga pam, kenduri dan lain-lain.
  • Bantuan pendidikan (Gaji Guru, Muqaddam, Quran terjemahan Kemboja, Penambahbaikan dan lain-lain)
  • Kedai Makanan Halal di Kampot
  • Bengkel Menjahit utk Muslimah

seronoknya. Bergambar bersama penduduk tempatan
di samping telaga pam yang di sponsor. Setiap telaga
pam boleh menampung 5-10 keluarga sekitarnya

Sessi brainstorming dan perbincangan bersama guru
madrasah & daei yg mendapat tajaan DMK 

PROJEK/PROGRAM YANG AKAN DIBUAT



BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU
Bantu war-warkan & sertai

Bengkel Menjahit Muslimah di Kampot

Quran Terjemahan Kemboja 

Muqaddam utk diserahkan

Projek Restoran Halal di Kampot

Qurban & Aqiqah DMK

Sumbangan sedekah & zakat

Berbuka Puasa bersama Muslim kemboja