Friday, February 21, 2014

Guru tajaan DMK yg berpotensi dan komited dihantar ke Malaysia untuk penambahbaikan

Alhamdulillah, dengan izin Allah, awal tahun ini kami mula menghantar guru tajaan kami dari Kemboja ke Malaysia untuk proses penambahbaikan dari segi ilmu teori, ilmu praktikal dan pengalaman hands on.
bersama Kak Ros (pengasas Nuh's Ark Montessori) kiri sekali,
cik Maliyas (tengah) dan saya wakil DMK.

Cik Maliyas, guru tajaan kami yang mengajar di Pra Sekolah Islam Montessori DMK Perai Tenong (dengan kerjasama Nuh's Ark Islamic Montessori Shah Alam) telah datang ke sini untuk sama-sama menimba ilmu, mengajar dan mendidik anak-anak di Nuh's Ark selama 2 bulan.

Maliyas terpilih kerana sifat rajin, komited dan selalu mencuba teknik pengajaran serta method baru untuk pelajar-pelajarnya di pra sekolah.

InsyaAllah, objektifnya ialah supaya apabila dia kembali nanti ke Kemboja pada hujung Feb 2014 ini, beberapa penambahbaikan berfasa dan berstrategi dapat di lakukan di kalangan sekolah-sekolah tajaan DMK dan perkongsian ilmu ini juga dapat dimanfaatkan oleh guru-guru lain samada madrasah tajaan DMK atau lain insyaAllah.

Dengan izin Allah, ini adalah hasil usahasama Pn Rose; pengasas Nuh's Ark Montessori dan juga sumbangan / infaq dari penyumbang-penyumbang DMK. Alhamdulillah.

cik Maliyas (kanan skali) mengajar di pra Sekolah Islam DMK di
Prai Tenong, Kampot. Dia pun belajar part time Degree Linguistic
di universiti tempatan dan boleh berbahasa asas Inggeris dan sedang
belajar bahasa Malaysia juga. 


Doanya usaha berterusan ini secara langsung dan tidak langsung akan membina umat Islam di Kemboja yang berdikari, bermutu, bertaqwa dan hebat di sisi Allah walaupun minoriti di sana. InsyaAllah.