Wednesday, August 17, 2011

Kera di hutan di susukan?

Salam semua,

Alhamdulillah, banyak respons untuk membantu DMK ini. Tidak kurang juga pertanyaan seperti "kera dihutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan"?

Sebenarnya kami ada aktiviti di Malaysia utk asnaf zakat, sila lihat blog kami http://infaqkasih.blogspot.com/.
bersama anak yatim di Arau Perlis. Info
di blog http://infaqkasih.blogspot.com/ 
Cuma, ingin saya kongsi sedikit pengalaman terlibat secara sukarela dalam aktiviti macam ini, samada secara langung atau tidak langsung, kenapa ramai NGO/sukarelawan lebih gemar membantu di luar Malaysia dan bukan di dalam negara sendiri ialah

  • Sudah ada banyak pihak (seperti Jabatan Kebajikan /NGO) dan saluran bantuan di Malaysia untuk asnaf, faqir, miskin, daif, dll
  • Miskin di Malaysia takda la sampai 2-3 hari tak makan biasanya
  • Tahap miskin di Malaysia, biasanya di kira OK jika di tempat lain (mcm Kemboja, Somalia, Palestin, dll)
  • Nilai kecil RM / bantuan tapi besar impaknya di sana (contoh : RM150 bule jamu buka puasa 300 orang di Kemboja.. kat Malaysia bule?)
  • Nilai "appreciation" yang amat tinggi terhadap bantuan walaupun kecil. (Kat Malaysia, ada juga berlaku, dapat sepasang baju, dijawabnya "alahai, ini sahaja"..)
  • Ada juga yang susah/daif/miskin disebabkan sikap negatif (malas, alasan pelbagai, lain2 sebab). Ni la yang paling kami tak gemar... dan peratusan orang mcm ni semakin bertambah!!!
  • Kurangnya (atau tiada) PROMOSI / PR aktiviti oleh pihak membantu atau yg perlu dibantu, so ramai yang tidak tahu.. 

http://infaqkasih.blogspot.com/ ni bersama keluarga daif, ibu
tunggal susah dr Lembah Klang. Shopping raya di Mydin

Saya harap mereka yang menyatakan "Kera di hutan di susukan?", mari lah terlibat secara langsung dalam kerja sukarela ini, dan insyaAllah anda akan lebih memahaminya. Sebab saya dulu pun (masa belum terlibat), berfikir macam tu juga.. he he.
Sdr Zahir dgn sukarela sewaktu projek bantuan di Perlis
(saya amik gambar, takda la dlm gambar..)he he

Tulisan ini adalah pandangan peribadi saya, merujuk kepada sedikit pengalaman, tetapi saya yakin ramai mereka yang terlibat dalam kerja sukarela yang sewaktu dengan ini juga mungkin bersetuju dengan saya, wallahu alam.

Ops... nak tahu lebih lanjut pasal DMK? KLik di sini ye. 

8 comments:

  1. well done and keep it up. komen dan kondem memang senang, nak buat...tu yang susah :)

    ReplyDelete
  2. tak pe, berbakti untuk keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia... so buat je apa yg dirasakan perlu, jgn kesah apa org kata...

    ReplyDelete
  3. Tak berapa kisah sgt apa orang kata. Bak kata Lukmanul Hakim kpd anaknya, manusia akan sentiasa komen wpun apa pun yg kita buat.

    Tujuan posting ini ialah untuk memberi lebih kefahaman kpd pembaca, terutama yg belum pernah terlibat dgn kerja sukarela ini secara langsung/aktif.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. memang sangat signifikan cerita Lukman Al-Hakim bersama dengan anaknya dan seekor keldai itu.. teruskan usaha.. Macamana saya nak sedekahkan pakaian2 ni?

    ReplyDelete
  5. Tun Dr Mahathir pernah cakap "Kalau kita asik nak puaskan hati org lain sampai bila kita takkan maju". Teruskan usaha murni Tuan :D

    ReplyDelete
  6. pandangan org tak perlu diambil kira..saya pun byk join kelab kebajikan dan apa yang dikatakan penulis adalah benar..rasanya sukar untuk cari penerima sedekah yang benar2 layak di bumi malaysia ni..!!

    ReplyDelete
  7. Apa orang kata...tu tak penting. Yang penting, siapa kita suatu hari nanti bila berhadapan dengan Allah SWT. Saya yakin, apa yang telah tuan buat pasti beroleh kebaikkan dan rahmat dariNya. InsyaAllah.

    ReplyDelete